Home / Review Produk Kecantikan / Servis Teeth Whitening di 1st Dental Clinic Bukit Jelutong

Servis Teeth Whitening di 1st Dental Clinic Bukit Jelutong

1stdental-front

Kalau dulu industri MUA atau Make-up artist meledak dengan pesatnya, sekarang semakin ramai wanita Malaysia yang mementingkan kesihatan gigi sebagai salah satu aspek kecantikan.

Ramai yang mekap cantik, tapi bila senyum.. kus semangat!

Jadi post ini hari ini akan cover sikit pasal apa itu teeth whitening dan apa yang perlu anda buat sebelum buat teeth whitening ni.

Pengalaman Buat Teeth Whitening di 1st Dental Clinic Bukit Jelutong

Satu benda pasal saya, saya memang takut jumpa doktor gigi. Sebenarnya ramai yang rasa benda sama. Maklumlah gigi ni bila dah start sakit memang sakit betul. Lepas tu cara nak betulkan gigi ni melibatkan benda yang ngilu macam drill dan sebagainya. Mungkin jugak akan kena inject bius. Memang saya paling takut jumpa dentist.

Tapi nak gigi putih punya pasal saya beranikan jugak diri. Dr Sheeda dari 1st Dental ni dah bertapak lama dalam industri. Lebih 10 tahun jugak. Memang peramah orangnya, rasa tenang dan yakin untuk buat treatment dengan dia.

Apa Yang Perlu Dibuat Sebagai Persediaan

Biasanya sebelum buat treatment ni kena buat scaling gigi dulu. Scaling ni memang kena buat dua kali setahun untuk jaga kesihatan gigi. Fungsinya ialah untuk membuang karat pada gigi dan memastikan gigi sentiasa sihat.

Sebelum buat teeth whitening memang dentist akan suruh buat scaling dulu. Scaling dengan Dr Sheeda ni tak sakit. Memang teliti kerja dia.

Prosedur Teeth Whitening

Teeth whitening ni menggunakan gel untuk memutihkan permukaan gigi. Gel ini akan diletakkan pada gigi sebanyak dua kali, dan selepas setiap aplikasi, perlu dibiarkan selama 20 minit. Memang kena bawak buku atau kalau suka main handphone bawak power bank.

Mulut kita juga akan dimuatkan dengan alat untuk membuka luas mulut. Ini supaya gel biru tu tak diganggu oleh bibir kita dan dapat melengkapkan tindak balas yang diperlukan untuk proses pemutihan.

teeth-whitening-gel

Sebelum aplikasi, doktor akan tunjukkan tona warna gigi kita supaya kita nampak hasil sebelum selepas. Ada tahap putih tau jangan main-main hahaha.

Selepas lama menunggu akhirnya siap jugak rawatan pemutihan gigi ni. Lama jugak nak tunggu. Nak tengok tak hasilnya? Ha teruskan membaca:

Sebelum Dan Selepas

teeth-whitening-before-after2

Di sini memang nampak tona warna putih gigi sama dengan tona putih yang dijanjikan sebelum rawatan. Memang puas hati! Sangat putih dan berseri senyuman hahaha!

Ini pula gambar selepas semua perkakas ditanggalkan dan dibandingkan dengan gigi sebelum buat rawatan:

teeth-whitening-before-after

Memang jelas ketara perbezaannya! Menang sangat berkesan dan Dr Sheeda ni memang saya sangat rekemen kepada sesiapa yang nak buat teeth whitening! Nah video kalau siapa nak tengok:

https://youtu.be/rVii1xZ8sVs

Persoalan Mengenai Teeth Whitening

  1. Berapa kali boleh buat teeth whitening ni? - Tak boleh kerap sangat. Paling banyak dua kali setahun je.
  2. Sakit tak? Tak sakit langsung. Ada ngilu sikit lepas rawatan tapi rasa ngilu tu hilang dalam masa dua jam sahaja.
  3. Apa yang perlu saya tahu sebelum buat teeth whitening? Kalau boleh buat braces dulu. Jaga kesihatan gigi. Kalau gigi banyak rosak tak guna jugak buat teeth whitening. Lagi satu kalau gigi tak sekata susah nak buat. Gel tu tak cover semua kawasan gigi.
  4. Berapa harga sekali buat? Boleh contact FB Page 1st Dental Clinic untuk set appointment atau WA: 012-2175857
  5. Leceh la nak jumpa dentist. Saya beli je home kit buat kat rumah. Boleh tapi kesan sampingan dia boleh menyebabkan kerosakan gusi. Bagi saya lebih baik buat dengan professional yang bertauliah. Gigi manusia ni bukan macam gigi buaya boleh tumbuh balik. Sekali tercabut memang bye bye terus.

Kesimpulan

Dulu masa sekolah, kerajaan ada buat program di mana semua murid mendapat rawatan gigi percuma. Masa tu la saya mula takut dengan doktor gigi sebab banyak saya jumpa yang garang. Memang nasib saya kot. Tapi lepas buat rawatan dengan Dr Sheeda di 1st Dental ni, saya dah tak takut dengan dentist. Memang sangat peramah orangnya tapi kerja sangat teliti dan professional.

Lepas ni kalau nak scaling atau check up biasa pun saya akan pergi tempat sama. Harap pembaca semua jaga kesihatan gigi ye 🙂

 

 

About mamalink

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *