Home / Tips Kecantikan / Saksikan Proposal Paling Comel Di Dunia! Cuba Jangan Nanges Ye!

Saksikan Proposal Paling Comel Di Dunia! Cuba Jangan Nanges Ye!

pitch-perfect-proposal

Gadis Ini Dikejutkan Dengan Lamaran Ala "Pitch Perfect"

Bayangkan jika suatu hari kekasih anda mengumpulkan kawan-kawannya, berlatih berhari-hari, berjam-jam sehari, dan seterusnya menjemput anda dan rakan-rakan anda makan dan lepak di rumah. Tiba-tiba kekasih anda and the gang memecahkan keheningan dengan membuat persembahan nyanyian lengkap dengan gerak tari yang menarik.

Persembahan amatur mereka itu menyebabkan anda ketawa terbahak-bahak kerana terhibur, di samping itu anda juga rasa terharu atas kesungguhannya membuat persiapan untuk persembahan itu.

Setelah habis persembahan, tiba-tiba si dia "mempersembahkan" pula cincin pertunangan dan melamar anda "on the spot", di hadapan rakan-rakan anda, sejurus selepas membuat persembahan yang comel dan hebat.

Apakah perasaan anda ketika itu? Gadis ini memang tidak dapat berkata apa-apa lagi selain "YES!", dan menerima lamaran kekasihnya serta-merta!

Pitch Perfect adalah filem tentang nyanyian dan tarian yang dibintangi Anna Kendrick yang sangat hot dan hebat berlakon. Sesiapa yang pernah menonton filem tersebut pasti akan teringat-ingat suara harmoni nyanyian serta gerak tari yang sangat menghiburkan dalam filem itu.

Semoga pasangan kekasih ini mendapat kebahagiaan berkekalan, dan kalau komitmen sebegini diteruskan, memang tidak mustahil hubungan ini akan kekal romantik sehingga ke hari tua, Tuah badan dapat kekasih macam ni. Hehe

Perhatian kepada semua bakal-bakal suami, sila take note ye! Huahuahua!

 

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *