Home / Tips Rumahtangga / Resipi Makanan Bayi / Resipi Bubur Carrot dan Broccoli

Resipi Bubur Carrot dan Broccoli

makanan bayi

Resepi bubur yang mudah untuk si manja anda

Resepi ini sesuai untuk bayi yang berumur 9 bulan ke atas. Bahan yang digunakan akan membiasakan bayi anda dengan sayur-sayuran supaya bila dah boleh makan nasi dia akan senang makan sayur. Tak payah paksa-paksa.

Bahan-bahan:

Segenggam beras

Potong sedikit carrot (lobak merah)

Potong sedikit broccoli - broccoli mempunyai tangkai yang boleh dipotong dari batang utama. Potong 2-3 tangkai sekali masak.

Cara masak:

Panaskan air dalam periuk sederhana besar. Air isi sehingga hampir penuh. Nyalakan api besar dan biar hingga mendidih. Bila dah mendidih, kecilkan api kepada kepanasan paling kecil, dan masukkan lobak merah dahulu. Ini kerana lobak merah ni sayur yang keras dan lambat lembut.

Gunakan api yang kecil supaya vitamin dalam sayur dapat dikekalkan. Cara masak yang perlahan macam ni memang elok untuk kesihatan.

Bila carrot dah lembut sikit, baru masukkan beras dan broccoli. Kalau perlu, tambahkan sikit air. Masak sehingga air kering. Biarkan sejuk sekejap, kemudian bahagikan bubur kepada dua bahagian. Beri makan bayi anda terus atau simpan dalam peti ais untuk digunakan kemudian.

Masa untuk masak:

1 jam

Portion:

Dua kali makan

About mamalink

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *