Home / Tips Kecantikan / 3 Petua Putihkan Kulit Yang Mudah Dibuat

3 Petua Putihkan Kulit Yang Mudah Dibuat

 

Kulit-Halus

Matahari khatulistiwa yang terik, persekitaran yang semakin tercemar, dan penipisan lapisan ozon yang tidak mampu lagi menapis sinar UV. Ini semua menyebabkan kulit kita yang pada mulanya cerah, menjadi semakin gelap. Adakah kita harus pasrah dengan segala perubahan di sekeliling kita?

Tidak!

Sebenarnya banyak cara untuk kita memutihkan kulit walaupun persekitaran kita tak berapa elok untuk kulit kita.

Sila baca 3 tips memutihkan kulit berikut yang saya kompilasikan khas untuk anda:

1. Kurangkan terdedah kepada cahaya matahari

Ini langkah pertama. Mencegah sememangnya lebih baik daripada mengubati. Kalau anda memang kerja di rumah, atau suri rumah, memang lebih mudah. Tapi kalau kerja di pejabat? Saya boleh bagi tips sikit:

  1. Gunakan tinted kereta yang gelap. Kalau boleh gunakan silver yang memantulkan sinar UV. Tanya kedai tinted tu ada tak yang serap sinar UV. Ini sesuai untuk mereka yang memandu kereta ke tempat kerja. Boleh dikatakan 60% kerosakan kulit berlaku semasa tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
  2. Tutup aurat. Saya pernah ada rakan sekerja yang merupakan gadis berbangsa Cina. Dia pakai stoking yang tutup lengan tu. Saya tanya kenapa tutup aurat? Dia jawab tak nak hitam. Kalau kita buat, bonusnya kita dapat pahala.
  3. Kurangkan keluar waktu panas terik. Di Malaysia, matahari yang paling teruk untuk kulit adalah sekitar 12 tengahari sehingga pukul 5 petang. Kerosakan yang berlaku pada kulit ketika ini memang terlampau dahsyat dan kalau boleh elakkan terus. Kalau tak boleh baca tips seterusnya:

2. Amalkan rutin sunscreen

Bagaimana dengan orang yang kerja engineer, kena turun site? Perlindungan yang ada cuma helmet saja. Memang tak cukup. Kalau anda termasuk dalam kategori ini, anda perlukan sunscreen. Macam mana nak pilih sunscreen? Berikut ada tips berguna untuk anda:

  • SPF 15 menapis 93% sinar UVB
  • SPF 30 menapis 97% sinar UVB
  • SPF 50 menapis 98% sinar UVB

SPF ini adalah kadar penapisan sinar UV sesuatu produk tu. Kalau anda teliti rajah tersebut, anda akan dapati bahawa:

  • beza antara SPF 30 dan SPF 50 hanya 1%, dan
  • beza SPF 15 dengan SPF 30 hanya 4%

uv-rays_wavelength_spectrum_

Tapi harganya sangat jauh beza. Kesimpulan: guna saja SPF 15 dah cukup. Tak perlu SPF 30 dan ke atas. Kalau anda jumpa SPF lebih dari 50, anda ingat balik artikel ni. Anda boleh tersenyum saja sebab anda tahu perkara sebenar.

Baca juga: Tips kecantikan

Sedikit maklumat mengenai sinar UV:

  1. Sinar UV terdiri daripada banyak spektrum. Yang paling membahayakan adalah 2 iaitu UVA dan UVB.
  2. UVA yang paling bahaya kerana ia tembus lebih jauh ke dalam kulit dan menyebabkan kanser kulit. UVA yang menjadikan kulit kita cepat tua.
  3. UVB tidak tembus terlalu dalam tapi ia menyebabkan kulit jadi merah jika terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. UVB juga menyebabkan kulit menjadi lebih gelap.


 

3. Gunakan produk memutihkan kulit yang sesuai

Banyak produk memutihkan kulit di pasaran sekarang, tapi mana yang patut anda pilih? Soalan tu memang susah nak jawab, sebab hakikatnya anda kena cuba jugak dulu baru tau serasi ke tak. Tapi untuk memudahkan anda pilih produk, saya senaraikan ramuan yang terbukti menolong mencerahkan kulit:

Lemon

asid alfa hidroksilMengandungi AHA, Vitamin C (asid askorbik), Asid sitrik (termasuk dalam keluarga AHA), dan Niasin (Vitamin B3). Kaya dengan vitamin cerahkan kulit, lemon ni memang all in one la kalau cerita bab kesihatan kulit.

Papaya (Buah Betik)

papaya putihkan kulitPapaya memang dah lama terkenal dengan khasiat memutihkan kulit. Saya ingat mak saya dulu memang suka pakai sabun papaya untuk putihkan kulit. Papaya boleh memutihkan kulit sebab kandungan AHA yang tinggi. Ia juga elok sebagai moisutrizer.

Aloe Vera

lidah buayaAloe Vera atau lidah buaya pun mengandungi AHA yang tinggi. Aloe vera juga bersifat anti-inflammatory. Ini bermakna ia elok untuk luka akibat terbakar. Jadi kalau kulit "terbakar" akibat matahari terik pun boleh guna aloe vera.

AHA

Semua bahan yang saya senaraikan di atas mengandungi AHA. Apa AHA ni? Asid Alpha Hidroxy (AHA) adalah asid yang bertindak pada epidermis atau bahagian luar kulit. AHA membuang lapisan epidermis yang mati, supaya lapisan dermis di bawahnya dapat menghasilkan sel baru. Sel baru ini lebih sihat dan akan membantu cerahkan kulit muka.

Kesimpulan

Dalam petua mencerahkan kulit, ada tiga faktor yang paling penting:

  1. Persekitaran - kurangkan terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik
  2. Gunakan supplemen mencerahkan kulit yang sesuai.

Baca juga review K-Colly: Supplemen memutihkan kulit terkemuka dari Korea

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *