Home / Santai Viral / Nur Fazura Risau Jadi Andartu?

Nur Fazura Risau Jadi Andartu?

Meluahkan perasaannya di dalam majalah Scion (keluaran Brunei) baru-baru ini, Nur Fazura menjelaskan dia juga lebih selesa menyendiri dalam pelbagi aspek kerana pelakon ini percaya bahawa perkara tersebut dapat menggembirakan hatinya.

“Saya sangat bersemangat untuk berseorangan. Pelik, bukan? Sepanjang hidup saya, saya mempunyai seorang teman lelaki tetapi sekarang saya lebih seronok berseorangan, makan salad atau apa sahaja makanan yang saya mahu, duduk di rumah, pergi mendapatkan urutan”

“Saya kini hanya bergantung kepada diri sendiri untuk mencari kegembiraan dan saya merasakan perkara tersebut sangat hebat,” katanya di dalam majalah tersebut.

Selain itu, dalam edisi terbaru itu, majalah tersebut juga berjaya mencungkil tabiat Fazura yang tidak diketahui ramai iaitu dia membasuh tangannya lebih 50 kali sehari dan juga ketika melakukan senaman yoga, Fazura akan sentiasa membetulkan tanpa henti tikar yoga yang digunakannya itu agar sentiasa kelihatan sempurna.

Sumber: Rotikaya.com, Scion

Betul Ke Fazura Ni?

Begitulah petikan dari blog Rotikaya. Saya nak tarik perhatian pembaca kepada beberapa perkara di sini:

  1. Beliau menggunakan perkataan "bersemangat" dan "seronok" untuk menggambarkan kehidupan yang sunyi tanpa teman. Ini tanda-tanda denial.
  2. Basuh tangan 50 kali sehari? Betulkan tikar yoga tanpa henti? Ini tanda-tanda penyakit mental, kerana bila minda dia sedar yang kehidupan cintanya tak sempurna, dia cuba menyempurnakan benda lain yang remeh seperti kebersihan tangan dan kedudukan tikar.
  3. Umurnya dah masuk 30-an tapi belum ada anak, maka hormon perempuan dalam masa ini akan "menjerit-jert" untuk cepat dapatkan zuriat, kerana telur dalam rahim expired umur 40-an.

Walaupun dia berjaya mengejar cita-cita dari segi kerjaya dan kewangan, tapi dari segi cinta dan keluarga belum kesampaian, sehingga menjejaskan mental beliau.

Rezeki masing-masing. Sama-sama kita doakan dia.
fazura cun gila

About mamalink

Check Also

Anda Pasti Menangis Terkenangkan 30 Makanan Nostalgia Ni

30 Junk Food Tahun 90-an. Kenapa Mataku Berair ni! Lepas sekolah, sambil tunggu bas, ada ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *