Home / Tips Kecantikan / Lindungi Keluarga Anda - Beringat Sebelum Kena

Lindungi Keluarga Anda - Beringat Sebelum Kena

Baru minggu lepas kita dengar kes kematian sepasang suami isteri akibat kemalangan. Yang lagi sedihnya, kemalangan tu bukan salah dorg, tapi terjadi sebab ada 6 Myvi tengah lumba haram. Itupun nasib baik CCTV ada rekod kalau tak sampai sekarang kita pun tak tahu apa jadi.

Saya pun tak pasti apa jadi, tapi yelah, bila memandu laju macam tu mesti ada kesilapan yang akan berlaku kan. Kesilapan kalau kita tengah naik basikal pun kadang-kadang tak sempat recover, apatah lagi kesilapan masa memandu selaju 160km/jam. Memang tak sempat nak buat apa-apa. Pasangan tu pun tak sempat la nak elak.

So terbabas lah mereka, dan mereka pun meninggal. Yang tambah sedih lagi tu rupanya diorg ada bawak baby jugak dalam kereta umur 6 bulan, pun sama terkorban dalam nahas.

Pasangan sebenarnya pergi kenduri kawin, balik agak lewat dalam pukul satu. Nak dijadikan cerita yang dibawak sekali anak yang kecik tu. Yang besar ada dua orang kat rumah. Tak ke bertambah sedih? Yatim piatu serta-merta tak pasal-pasal. Dua budak tu sekolah rendah kot. Macam mana la nanti tu..

Tambah lagi sedih dan geramnya (macam tak habis-habis dramanye ni), pemandu Myvi yang bertanggungjawab buat naya tu sebenarnya tak bertanggungjawab. Tak berhenti pun untuk tengok keadaan, teruskan je memecut. Ni kira kes langgar lari la ni.

Dah la bunuh orang, langgar lari pulak tu. Harap-harap pihak berkuasa dapat la tangkap diorg yang terlibat tu. Memang 6 jahanam. Tu kalau dapat tangkap tu memang masak diorg.

Tapi yang itu lain ceritalah. Ni cerita 2 orang budak kecik ni macam mana ni. Sekelip mata mak dan ayah dah takde. Saya memang tak boleh bayangkan membesar tanpa mak dan ayah. Sedangkan di universiti pun banyak perlukan bantuan mak dan ayah, inikan pulak hilang tempat mengadu masa sekolah rendah. Memang sedih.

Ini la yang saya nak tulis hari ni. Kalau kita tengok, kes macam ni memang sedih dan kita pun mintak simpang jauh-jauh jangan jadi kat kita. Tapi satu yang kita perlu sedar ialah bahawa kes ini terjadi dengan keadaan mangsa ni langsung tak bersalah.

Mangsa tak sakit darah tinggi ke, kanser ke, kencing manis ke, semua takde. Bukan sebab penyakit. Bukan jugak sebab kecuaian masa memandu. Ada baby umur 6 bulan, mestilah dia memandu dengan hati-hati, betul tak? So memang 100% mangsa keadaan.

Saya tak pasti coverage apa yang mereka ambil untuk family, tapi harap-harap ada lah something. Kalau tak.. huh.. memang susahlah budak berdua yang ditinggalkan tu.

Saya tengok orang kita ni memang liat sungguh la bab nak ambil insurans. Bila dah kena baru nak tercari-cari. Kan dah terlambat masa tu?

Bila kita baca dalam berita cerita macam ni, teringat macam mana orang yang anti insurans ni. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Kan dah susah? Ibu Mithali pun tak nak sembang lama sangat pasal ni, just nak tegur je. Harap-harap ada lah manfaat untuk semua saudara saudari kita yang berkeluarga, buat la persiapan-persiapan macam ni.

Zaman sekarang insurans ni tak macam dulu. Dulu kalau ambil, dia punya plan conventional, ikut mat salleh. Ada riba. Kalau sekarang dah ada Islamik, takaful yang berasaskan konsep derma bersyarat. Jadi bagi saya kalau belum ada tu memang tak ada alasan lagi kalau tak nak jugak ambil insurans.

Dalam AlBaqarah pun ada cakap, kena tinggalkan sekurang-kurangnya setahun harta kalau jadi apa-apa kat kita. Kan takaful ni sejak zaman Rasulullah lagi dia dah suruh buat.

Saya sendiri dah ambil untuk sekeluarga saya. Actually husband yang bayar.. Hahaha. Saya ambil dengan Prudential BSN Takaful, ejen http://diyanatajularus.com

Kalau nak tahu pasal takaful, boleh lah lawat website dia tu. Memang penuh dengan artikel yang berkualiti yang menjelaskan dengan detail pasal insurans takaful ni dan nak ambil yang mana, berapa budget, semua tu pun dia cover. So harap anda ambil lah takaful lepas ni. Untuk family kita jugak, bukan orang lain. Sekian saja bebelan saya.

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *