Home / Tips Kecantikan / Jangan Manjakan Anak - Untuk Kebaikan Mereka Juga

Jangan Manjakan Anak - Untuk Kebaikan Mereka Juga

mamalink

 

Saya terjumpa gambar ini dalam FB saya haritu. Saya nak share di sini untuk para ibu yang sedang berjihad membesarkan anak.

Saya tengok budak-budak sekarang cukup manja. Kecik-kecik dah ada handphone, ada tab, Ipad, dan sebagainya. Banyak yang saya tengok ada semua sekali satu set.

Banyak jugak saya tengok yang ada bibik. Bibik lah yang buat semuanya untuk anak tu. Ada sekali tu saya tengok anak sedara saya sorang tu marah-marah: "Tok, Man dah mintak Milo kat bibik dari tadi tak dapat-dapat! Bibik ni lembaplah!"

Man ni umur dia baru 4 tahun. Dah pandai complain bukan main.

Kita sebagai ibu dan sebagai wanita ni, kita ada naluri keibuan yang tak sanggup nak tengok anak sedih atau susah. Rasa ralat sangat. Kalau boleh semua kita nak buatkan untuk dia. Kalau boleh tak nak dia sakit langsung.

Itulah naluri ibu yang kita selalu banggakan di Facebook, betapa tingginya perngorbanan ibu. Tapi dalam hal ni saya perlu menyuarakan perbezaan pendapat saya. Saya rasa kalau kita terlalu ikut naluri kita, benda ni merosakkan anak kita dalam jangakamasa panjang. Sedar-sedar, suatu hari kita dapat panggilan dari guru disiplin, atau lebih teruk lagi pihak polis atau Jabatan Agama.

Tentu buruk berita yang dibawa mereka nanti.

Kita perlu bagi anak kita rasa susah. Ada client saya orang kaya ahli perniagaan yang sengaja hantar anak dia ke negara miskin seperti Somalia untuk volunteer di sana. Bagi dia rasa susah. Sebab di rumah keadaan dia serba cukup, bila dah besar dia takkan berdikari.

Satu lagi sebagai ibubapa kita seharusnya monitor perangai anak kita dari kecil lagi. Kata orang melentur buluh biar dari rebung. Saya balik kampung haritu, bukan main terkejut saya tengok anak saudara saya dah mula maki orang guna perkataan "bodoh", dah pandai buli adik-adik dia. Memang rosak. Saya dah perasan dari awal lagi budak tu dah tunjukkan tanda-tanda yang tak elok.

Tapi apakan daya kita ni bukan parents dia. Kita jaga anak kita jelah jangan terikut dengan dia. Itu kes mak sibuk bekerja dan tak pernah ada di rumah. Kadang-kadang balik kerja pukul 1, 2 pagi, mana ada masa nak monitor anak. Anak pun dah tak ada perasaan hormat kat mak bapak.

Selalu saya tengok anak perempuan dia tengking-tengking dia pasal benda kecik. Tapi jenis dia ni lembut sangat tak boleh buat apa-apa. Kalau nak jadi parents kita tak boleh macam tu, kena ubah sikap sikit. Ada benda yang kita tak biasa buat kita kena belajar biasakan jugak.

Itu belum cerita bapak budak-budak tu yang tak ambik tau langsung. Haish, pening kepala kalau difikirkan. Baik saya layan cendol pulut lagi bagus.

Tapi itulah dia. Harap para ibu sekalian dapat lah manfaat sedikit dari post saya yang bercampur antara nasihat dan luahan perasaan ni.. kekeke...

Okeh sekian terima kasih. Ada rezeki saya post lagi ye!

 

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *