Home / Santai Viral / Inilah yang Berlaku Dalam Tubuh Anda Sejam Selepas Makan Big Mac

Inilah yang Berlaku Dalam Tubuh Anda Sejam Selepas Makan Big Mac

big-mac-web

Anda Takkan Sanggup Makan Fast Food Lagi Lepas Ni

Semua orang sedia maklum fast food ni tak baik untuk kesihatan kita. Tapi yang tak ramai tahu, setakat mana mudaratnya untuk kesihatan? Artikel ini akan mengupas minit demi minit apa yang berlaku dalam badan anda sejam lepas makan Big Mac.

10 minit pertama:

Big Mac mengandungi kalori yang sangat tinggi. Satu Big Mac sahaja mengandungi 45% daripada kalori maksimum yang wanita perlukan untuk sehari. Kalori yang tinggi ini akan menyebabkan sistem shock, atau badan anda akan "terkejut" dan menghasilkan hormon dopamin yang tinggi, menyebabkan anda rasa gembira dan nyaman. Ini adalah sama seperti kesan dadah berbahaya seperti cocaine, dan seperti cocaine ia boleh menyebabkan ketagihan.

Selepas 20 mint:

Tahukah anda roti burger Big Mac ini mengandungi high fructose syrup? Ini adalah sejenis gula yang sangat berbahaya dan telah pun dilarang penggunaanya di kebanyakan negara maju. Ia tak perlu melalui proses penghadaman dan diserap terus ke dalam hati, menyebabkan masalah seperti selaput lemak yang mengelilingi hati dan juga penghasilan lemak yang berlebihan.

Ia juga meningkatkan kadar penghasilan insulin dan menyebabkan badan menjadi kurang sensitif kepada insulin. Bila badan kurang sensitif kepada insulin, itu akan menyebabkan sukar untuk turunkan berat badan.

Selepas 30 minit:

Big Mac mengandungi sebanyak 970 miligram sodium atau garam. Jumlah ini sangat tinggi, dan menyebabkan badan kehilangan air (dehydration), seterusnya menyebabkan anda menjadi lapar semula dengan lebih cepat.

Garam yang  berlebihan sukar untuk ditapis keluar oleh buah pinggang. Garam yang tidak ditapis akan menyebabkan air diserap keluar daripada sel-sel badan. Ini meningkatkan tekanan dalam badan, menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan akibatnya berlaku darah tinggi. Darah tinggi adalah punca utama sakit jantung dan strok.

Selepas 40 minit:

Rasa gembira dan nyaman yang anda rasai pada sepuluh minit pertama tadi telah pun hilang. Ia digantikan dengan perasaan lapar semula. Pelik kan? Padahal baru sahaja makan. Fenomena ini terjadi kerana pankreas anda menghasilkan terlalu banyak insulin untuk menampung serangan kalori tinggi pada 10 minit pertama tadi.

Bila insulin berlebihan dihasilkan, akibatnya kandungan gula dalam darah turun ke bawah paras normal. Ini menyebabkan anda rasa lapar semula, walaupun baru lepas makan. Rasa lapar yang anda rasa lepas makan Big Mac ini lebih teruk daripada sebelumnya.

Selepas 60 minit:

Badan biasanya mengambil masa 24 jam untuk menghadam makanan. Tapi dalam kes Big Mac, ia mengambil masa lebih lama kerana kandungan lemak dalam Big Mac yang terlalu tinggi. Pati daging Big Mac mengandungi lemak trans fat yang lebih sukar dihadam; badan anda memerlukan 51 hari untuk menghadam lemak trans fat.

Tidak hairanlah jika trans fat ini dipercayai menjadi punca utama sakit jantung, obesiti, kanser dan diabetes.

Kesimpulan:

Sejak mengetahui fakta yang menggemparkan ini, penulis hanya makan di restoran fast food dalam kadar sebulan sekali atau mungkin dua bulan sekali maksimum. Tidak berbaloi kalau difikirkan tahap mudarat kepada kesihatan, walhal tidaklah sedap mana pun makanan fast food ni.

Terpulang kepada pembaca untuk menilai.

Rujukan:

[1] http://foodmatters.tv/articles-1/whats-really-in-a-big-mac

[2] http://www.foxnews.com/health/2014/07/29/11-foods-that-make-hungrier/

[3] http://foodmatters.tv/articles-1/whats-really-in-a-big-mac

[4] http://www.bloodpressureuk.org/microsites/salt/Home/Whysaltisbad/Saltseffects

[5] http://www.atsdr.cdc.gov/phs/phs.asp?id=1120&tid=240

[6] https://www.thehealthytrucker.net/big-mac-nutrition/

[7] http://healthyeating.sfgate.com/fattening-mcdonalds-big-mac-7947.html

[8] http://www.livestrong.com/article/260484-big-mac-nutrition-information/

[9] http://www.foxnews.com/health/2014/07/29/11-foods-that-make-hungrier/

[10] http://www.dailymail.co.uk/news/article-2420150/Meet-salesman-eaten-12-000-McDonalds-Big-Mac-meals-30-years.html

About mamalink

Check Also

Nur Fazura Risau Jadi Andartu?

Meluahkan perasaannya di dalam majalah Scion (keluaran Brunei) baru-baru ini, Nur Fazura menjelaskan dia juga lebih ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *