Home / Tips Kecantikan / Cara Kuruskan Badan Yang Paling Mudah

Cara Kuruskan Badan Yang Paling Mudah

3 Langkah Mudah Untuk Kuruskan Badan

Malaysia menang lagi. Tapi bukan benda bagus. Tahukah anda, kita adalah antara rakyat paling gemuk di Asia? Kajian terkini mendapati bahawa negara-negara Asia akan menjadi gemuk seperti negara Barat, dan Malaysia medahului dengan lebih separuh rakyat kita ni overweight dan obese.

Bagi saya, memang tak hairan pun. Kita hidup dalam negara yang sangat kaya dengan makanan sedap. Dan makanan kita semua sedap sebab cukup rasa. Cukup masin, cukup manis, cukup lemak. Sebab tu kita pun cukup gemuk. Kurang sihat.

kempis perut

Kuruskan Badan Di Malaysia Ni Angan-angan Kosong Saja?

Sebenarnya nak kurus ni simple je. Kalau kalori yang kita makan/minum kurang dari kalori yang kita gunakan dalam kehidupan seharian, kita akan kurus. Tapi dalam keadaan negara kita yang budaya hidup untuk makan ni, macam mana nak buat?

  • Mamak buka sampai 24 jam. Nak makan roti canai pukul 3 pagi pun boleh lagi. Nasi lemak pun ada sampai larut malam
  • Makin lama makin banyak makanan sedap-sedap. Masa artikel ni ditulis dah ada macam-macam inovasi dari segi makanan: pisang goreng cheese, burger bakar, etc etc. Mana tahan..
  • Dah la kita makan banyak, bersenam pulak kurang. Mujurlah gym makin banyak sekarang, tapi itu pun bukan setiap hari boleh datang gym.

Habis, apa penyelesaiannya?

Kalau nak cerita masalah, sampai esok pun tak habis. Kalau nak kurus kita kena cari jalan macam mana nak buat jugak.  Saya akan perkenalkan kepada anda cara untuk kuruskan badan yang mudah. Tak perlu:

  1. Kira kalori. Ini yang paling buat saya malas nak kuruskan badan. Macam mana nak kira kalori kita? Nasi lemak, roti canai tu kalau kira memang beribu-ribu kalori. Buat stress je. Ada cara yang lebih mudah.
  2. Jaga makan. Kita dah bincang ni panjang lebar. Jaga makan kat Malaysia ni memang mustahil. Paling bagus kalau kita masak sendiri semua makanan kita. Tapi perempuan pun kerja sekarang, so, ada ke masa? Balik rumah dah penat. Sudahnya makan luar jugak.
  3. Bersenam setiap hari. Yang ni pun akan bagi kita "morale down". Susah kot nak bersenam setiap hari. Dengan program saya ni tiga kali seminggu dah cukup. Kalau tak sempat jugak 2 kali je seminggu.

Dan yang paling penting, teknik ni all-natural. Tak memerlukan pil, atau lain-lain bahan kimia berbahaya. Dan kalau anda beragama Islam, memang anda dah buat pun benda ni setahun sekali.

Jawapannya: Puasa!

Tapi bukan puasa biasa tu. Ini lain sikit. Nama english dia Intermittent Fasting. Maksud dia puasa yang tak tersusun. Jom saya jelaskan.

Kita dah ditipu!

Dari kecil saya diajar untuk makan 3 kali sehari. Sarapan, makan tengahari, makan malam. Kalau duduk di Malaysia, minum petang, lepak mamak, food hunting, etc etc memang koyak la segala usaha untuk diet.

Tapi betul-betul perlu ke makan banyak sampai macam tu?

Jawapannya tak. Jom saya share jadual makan baru saya, yang saya guna untuk maintain berat badan sampai sekarang:

Pagi: Skip breakfast. Tak perlu makan sarapan. Benefit dia lagi senang nak fokus kerja. Kalau makan berat masa breakfast jadi mengantuk masa kerja.

Tengah hari: Makanan ringan. Makan la mi/mihun/kuay teow sup ke, cari yang ringan. Jangan kenyang sangat. Saya tak tau nak makan apa, saya beli shake je makan alas perut. So far dah cuba dua ni, memang berkesan:

oros-citrus

Malam: Bebas makan apa saja. Suka hati. Makan la apa pun. Makan sebanyak mana yang anda nak tapi makan sekali je. Jangan berterusan sampai malam. Tak jadi nanti.

Apa manfaat program ni?

Ada yang terfikir, bahaya tak buat macam ni? Sebenarnya program ni terbukti secara saintifik. Kalau rajin, baca la manfaat dia dari sudut sains. Kalau tak rajin nak baca, buat je. Confirm jadi.

Pemburu susah nak makan dengan teratur

Dari segi saintifik, kita manusia ni memang tak perlu makan berterusan setiap hari. Spesis manusia ni dulu memburu untuk dapatkan makanan, jadi tak logik kalau masa makan kita ni dah set 3 kali sehari. Kalau dapat tangkap buruan, kita makan. Kalau buruan terlepas, puasa la apa lagi.

Bila puasa, badan akan mula bakar lemak

Untuk orang Islam, kita dah tau benda ni dah lama dah. Cuma bila Ramadhan tu puasa siang, malam balas dendam. Kalau buat macam tu sampai bila pun tak kurus. Sebab tu saya kena tekankan: makan malam SEKALI SAHAJA. Makan suka hati nak makan apa, makan sampai betul-betul kenyang, tak perlu diet. Lepas tu berhenti. Jangan makan dah. Badan akan tetap bakar lemak sebab dah sehari suntuk puasa.

Nafsu makan anda akan berkurangan

Sebenarnya puasa ni fungsi dia boleh "reset" selera makan kita. Orang Malaysia ni sistem badan kita dah dilatih untuk makan jugak walaupun dah kenyang. Almaklumlah, terlampau banyak makanan yang sedap-sedap. Bila saya buat program ni, alhamdulillah, nafsu makan saya berkurangan. Bila kurang nafsu makan, kan lagi senang nak kurus?

Program ni paling senang nak ikut

Hari pertama dan kedua je yang susah sikit. Tapi lepas tu sangat senang nak buat. Sebab badan kita ni memang lebih mudah berfungis kalau tak banyak sangat makan. Saya rasa badan lebih ringan, lebih senang fokus kerja. Makan tengahari pun saya ringan je sebab seronok badan rasa ringan sangat. Kalau tak tengahari mula la rasa mengantuk lepas makan berat.

Tapi bagi saya paling penting, program ni tak memerlukan disiplin yang tinggi. Tak perlu banyak guna otak nak kira kalori, nak elak makanan tu elak makanan ni, semua tu menambah beban yang tak perlu. Program ni simple je. Skip makan bila tak perlu. Malam makan puas-puas sekali duduk, itu je. Setel. Sebab lumrah manusia ni lagi rumit kerja tu lagi susah kita nak buat.

flat-belly

Kesimpulan

Nak kuruskan badan ni dah cukup susah, jangan tambahkan lagi penderitaan kita dengan diet yang pelik-pelik. Keep it simple je. Cuba buat program mudah ni, dan tinggalkan komen. Saya nak dengar pengalaman anda semua ye =)

About mamalink

Check Also

6 Sebab Kukuh Untuk Gunakan Lidah Buaya Dalam Rutin Kecantikan Anda

6 Manfaat Hebat Aloe Vera untuk Penjagaan Kecantikan dan Kesihatan Semua orang tentunya mahu sentiasa ...

4 comments

  1. hi mamalink

    dah berapa kilogram turun cara diet ni?

  2. nk try la cmni lg senang

  3. menariknya nak try aa cara ni hehe ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *