Home / Tips Kecantikan / Cara Hilangkan Ketuat (Dengan Gambar)

Cara Hilangkan Ketuat (Dengan Gambar)

ketuat

Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?

Apakah punca ketuat?

Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

Bagaimana nak hapuskan ketuat?

Ketuat mempunyai "akar" yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

struktur ketuat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat

bahan yang diperlukan untuk hilangkan ketuat

Kita perlukan:

  1. Apple Cider Vinegar - Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
  2. Kapas - Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
  3. Plaster atau Duck Tape - Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
  4. Vaseline - Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.

balutan ubat ketuat

Contoh balutan ketuat pada jari.

duck tape untuk ubat ketuat

Contoh balutan menggunakan duck tape yang lebih kuat dan kemas.

Mari Lihat Proses Rawatan Ketuat Dari Hari Ke Hari

leaderboard-oros
Hari pertama rawatan:

rawatan ketuat hari pertama

Ketuat nampak pucat tapi masih keras.

Hari ketiga rawatan:

rawatan ketuat hari ketiga

Inilah akibatnya bila terlupa menyapukan vaseline pada kulit sekeliling ketuat. Kulit yang sihat pun mula mengecut akibat tindakbalas cuka.

Hari ketiga, cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi mula terasa pedih.

Hari keempat rawatan:

rawatan ketuat hari keempat

Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.

Hari keenam rawatan:

rawatan ketuat hari keenam

Kelihatan seperti ketuat dahpun mati.

Hari kelapan rawatan:

ketuat dah mati

Boleh mulakan proses mengopek ketuat sedikit demi sedikit.

ketuat mati

saiz ketuat

Inilah saiz ketuat yang telah kering dan berjaya dikorek keluar.

kawah bekas ketuat

Kawah bekas ketuat. Rawatan patut diteruskan untuk memastikan betul-betul ketuat dah hilang.

rawatan ketuat berjaya

Inilah rupa kulit jari setelah rawatan ketuat berlangsung dengan jayanya.

leaderboard-oros

Kesimpulan

Tak perlu pergi jumpa doktor dan bayar mahal-mahal di klinik untuk merawat ketuat. Rawatan boleh dilakukan di rumah dengan bahan-bahan yang sedia ada. Hanya perlu bersabar sedikit untuk menikmati hidup bebas dari ketuat.

Kaedah ini sangat efektif kerana ia membunuh ketuat dari akarnya, dan ketuat tidak akan boleh tumbuh kembali. Cubalah teknik ini, dan jika anda dapat manfaat tolong share dengan rakan dan keluarga.

Untuk Hasil Yang Lebih Cepat

Kalau anda tak mahu tunggu berhari-hari untuk buang ketuat yang menjengkelkan tu, anda boleh cuba produk ini:

review wartner wart removerKlik gambar untuk cuba Wartner

Wartner berfungsi dengan cara membekukan ketuat hingga ke akarnya. Bila akar beku, baru ketuat akan betul-betul mati. Ini adalah proses sama yang digunakan oleh doktor pakar kulit, tetapi lebih murah berbanding klinik.

Yang lagi best, boleh dibuat sendiri di rumah! Klik sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Wartner!

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

52 comments

  1. Sakit tak masa nak kopek tu?

  2. Cuka buatan boleh pakai tak?

  3. Susah betul ada ketuat ni

  4. Cuka buatan boleh tak?

  5. Balutan dkt jari tu kena balut setiap hari berapa jam? Or kena balut berterusan sampai akar ketuat tu mati? ????

  6. kalau tak letak vaseline, kulit yang melecur tu boleh baik balik tak?

  7. So kena buat hari hari(balut dengan kapas cuka) sehingga akar dia mati? Pedih x?

  8. Info yg sgt berguna , klau ketuat kelamin , boleh guna kaedah ni jugak ke ?

  9. Saya hilangkan pakai kerengga... Ambil sekoq kerengga yg sedang marah.. Letak atas ketuat.. Biaq p dia gigit ketuat tu sampai keluar ayaq kencing dia..biar je.. Sakit jg la sampai menitik ayaq mata.. Ketuat akan jd darah beku..dah hilang beberapa hari...x naik dah sampai bila2.. Kalau tak 2 3 bulan ada je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *