Home / Tips Kecantikan / Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

Apakah Punca Rambut Gugur?

rambut sihat

Punca sebenar rambut gugur masih menjadi misteri. Para saintis sehingga kini tak dapat mengenalpasti punca sebenar mengapa rambut kita gugur. Penjelasan yang diterima ramai setakat ini adalah faktor genetik, stress, pemakanan, hormon, dan sebagainya.

Rawatan Rambut Gugur

Tak kira apa jua sebabnya, keguguran rambut ini memberi kesan yang sangat negatif kepada keyakinan diri kita, dan jika tidak dibendung akan menjejaskan karier dan perhubungan kita.

Oleh itu sangat penting untuk kita kenali cara-cara yang berkesan untuk membanteras keguguran rambut. Terdapat banyak produk di pasaran yang menjanjikan hasil yang terbaik, malangnya tak semuanya berkesan.

Jadi hari ini saya akan senaraikan beberapa petua untuk mengelakkan atau menyelesaikan masalah rambut gugur, yang bersifat DIY, bermakna anda boleh buat sendiri di rumah.

1. Tonik Daun Kari Dan Kelapa

punca rambut gugur

Mana-mana peminat filem Bollywood sudah tentu sedia maklum tentang kecantikan rambut pelakon wanita Hindustan seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, dan lain-lain. Rambut mereka panjang, lebat, dan bersinar. Nak tahu rahsianya? Rahsianya terdapat pada bahan yang mereka gunakan setiap hari dalam masakan. Ya, daun kari dan minyak kelapa!

Resipi: Anda perlukan daun kari segar dan minyak kelapa. Tak perlu minyak kelapa dara, yang biasa pun boleh. Letakkan daun kari dan sedikit minyak kelapa dalam air dan rebus hingga keluar cairan hitam. Asingkan cairan hitam itu dan sapukan pada rambut. Gunakan 2 kali seminggu untuk menyihatkan rambut. Rambut anda akan tumbuh dengan lebih cepat, dan ia juga membantu menangani rambut yang mula beruban.

Jangan goreng daun tu, rebus dalam air dan dapatkan cairan hitam yang terhasil.

Kekerapan: 2 kali seminggu

Mana nak beli: Di Malaysia memang mudah nak dapatkan bahan-bahan ni. Kalau tak tahu jugak telefon mak anda tanya.

2. Minyak Jarak (Castor Oil)

rawatan rambut gugur

Minyak jarak atau castor oil terkenal sebagai cara yang sangat berkesan untuk rambut, bulu mata, dan bulu kening sekalipun. Ramai kawan saya yang gunakan minyak ni untuk bulu mata yang terbakar sebab merokok, dan memang cepat tumbuh balik. Minyak castor ni memang pekat, jadi kalau nak guna boleh cairkan dengan minyak badam atau campurkan sikit dalam conditioner.

Kalau masalah rambut yang teruk, boleh gunakan pekat-pekat. Sapukan minyak pada rambut dan biarkan semalaman. Ia berkesan untuk bald spots, hairline yang makin merosot, dan juga kelebatan rambut yang makin nipis.

Resipi: Titiskan beberapa titik minyak jarak keatas kulit kepala anda dan urutkan dengan rapi. Tutup rambut anda dengan shower cap atau apa-apa cara kesukaan anda, dan biarkan semalaman. Cuci dengan shampoo dan conditioner seperti biasa pagi esoknya. Untuk cairkan boleh guna minyak badam atau minyak zaitun.

Kekerapan: Kalau guna minyak jarak sahaja, buat seminggu sekali. Kalau campur dengan conditioner, boleh guna setiap hari atau setiap dua hari bergantung kepada jenis rambut anda.

Mana nak beli: Boleh beli minyak jarak berkualiti di sini.

3. Cuka

petua rambut gugur

Tahukah anda bahawa shampoo sebenarnya menjejaskan keseimbangan kulit kepala anda? pH kulit kepala dan rambut kita adalah sekitar 3.5 - 5.5. Maknanya rambut dan kulit kepala yang sihat adalah bersifat asidik secara semulajadinya.

Shampoo bersifat alkali, dan ini mengganggu keseimbangan rambut yang asalnya asid. Sebab itulah cuka mungkin lebih baik untuk rambut anda berbanding shampoo. Ia mengekalkan kadar asid yang diperlukan oleh rambut untuk kekal sihat.

Ia juga berfungsi dengan menutup kutikel, menjadikan setiap helaian rambut lebih bersinar, kuat, dan tidak mudah terputus. Ia juga mencuci sel mati pada kulit kepala sekaligus membantu pertumbuhan rambut yang lebih cepat.

Resipi: Campurkan 1 bahagian cuka (boleh guna apple cider, cuka biasa, etc) dan campurkan dengan 2 bahagian air. Untuk mengelakkan bau cuka yang kuat, campurkan minyak yang wangi contohnya lavender. Gunakan seperti conditioner selepas shampoo.

Kekerapan: Untuk permulaan, buat 1 atau 2 kali seminggu. Lama-kelamaan, anda hanya perlu gunakan 1-2 kali sebulan dengan hasil yang sama.

Mana nak beli: Begitu banyak pilihan cuka yang ada di pasaran sekarang, dan boleh dibeli di mana-mana pasaraya berhampiran.

4. Mask minyak zaitun dan kuning telur

ubat rambut gugur

Kaya dengan protein, vitamin, dan lemak yang berkhasiat, kuning telur bukan saja menjadikan rambut anda lebih lembut, bersinar, dan sihat, ia juga membolehkan rambut anda tumbuh dengan lebih panjang! Kandunga vitamin A, D, dan E yang tinggi mengelakkan keguguran rambut dan menebalkan rambut yang semakin nipis. Vitamin D juga membantu mengelakkan rambut bercabang.

Minyak zaitun memperkuatkan dan melembutkan rambut, dan ia sangat sesuai untuk rambut kering dan rosak. Ia juga membersihkan rambut dengan rapi dan mengekalkan warna dan tesktur rambut.

Resipi: Campurkan 2 kuning telur dengan 2 sudu besar minyak zaitun, kemudian cairkan dengan setengah cawan air. Urutkan mask ini kepada kulit kepala secara perlahan-lahan. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas seperti biasa. Boleh guna shampoo untuk bilas.

Kekerapan: Tak perlu banyak, 1-2 kali sebulan sudah cukup untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Mana nak beli: Mudah didapati di mana-mana kedai dan pasaraya!

5. Mask Pisang

masalah rambut gugur

Pisang memang kaya dengan potassium dan vitamin A, E, dan C, sebab itulah pisang sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah rambut gugur. Kalau kita makan pisang pun memang elok untuk kulit, tapi di sini ada cara lain untuk mendapatkan khasiat dari pisang - jadikan mask!

Resipi: Gunakan pisang yang biasa digunakan untuk buat cekodok atau pisang goreng. Cara dia sama saja macam nak buat cekodok. Lenyekkan pisang hingga hancur, tapi jangan tambah tepung dan garam pulak. hehe. Tambah dua sudu besar minyak zaitun untuk memudahkan proses mencuci rambit, takut pisang melekat pada rambut. Kemudian sapukan mask ini kepada rambut, dan tutup dengan shower cap. Biarkan 20 minit kemudian cuci dengan shampoo bersih-bersih.

Kekerapan: Buat seminggu sekali untuk hasil yang terbaik.

Mana nak beli: Kalau kat Malaysia ni tak jumpa pisang, memang pelikla..

6. Minyak kelapa dan avocado

kenapa rambut gugur

Campuran ini sangat sesuai untuk rambut rosak, kerana minyak kelapa dan avocado ni boleh mengurangkan kelemumur, dan melindungi rambut kita daripada terik matahari, yang boleh merosakkan rambut. Ia juga membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat dan mengurangkan keguguran rambut.

Resipi: Panaskan minyak kelapa atas dapur selama lebih kurang 10-15 saat. Biar jadi suam-suam kuku je, jangan panas sangat! Urutkan minyak kelapa suam ni kepada rambut anda dari akar hingga ke hujung. Kemudian lenyekkan avocado seperti pisang tadi, hingga hancur. Urutkan avocado kepada hujung rambut anda sahaja, tak perlu dari akar. Biarkan selama 10-15 minit, kemudian cuci dengan shampoo seperti biasa. Avocado kadang-kadang melekat pada rambut. Kalau takut melekat, campurkan minyak kelapa sedikit ke dalam avocado tu.

Kekerapan: Sekali seminggu sudah cukup untuk rambut rosak dan gugur.

Mana nak beli: Avocado sangat mudah didapati sekarang. Minyak kelapa lagi lah senang.

7. Minyak Badam

sebab rambut gugur

Minyak badam ni memang bagus kalau nak rambut panjang dan kuat. Ia juga bagus untuk mengelakkan rambut gugur. Ia mengandungi lemak yang tinggi dan jenis lemak yang terkandung dalam minyak badam ni memang elok untuk kesihatan rambut dan kulit.

Resipi: Satu sudu besar minyak badam sudah cukup, kurangkan atau lebihkan mengikut kepanjangan rambut anda, dan urutkan saja keatasa kulit kepala anda, hingga ke hujung rambut. Biarkan 15 minit, dan cuci dengan shampoo.

Kekerapan: Bergantung kepada kesihatan rambut anda. Untuk menjaga kesihatan rambut, buat seminggu sekali. Untuk memperbaiki rambut yang rosak, buat dua kali seminggu.

Mana nak beli: Minyak badam banyak dijual di kedai kecantikan, atau bahagian organik di pasaraya. Boleh juga beli online kalau tak ada di kedia biasa.

8. Shampoo Telur dan Inai

Telur memang sangat elok untuk kulit muka dan rambut, kerana kandungan protein dan lemak yang tinggi. Tapi tahukah anda bahawa inai sebenarnya sangat elok untuk rambut? Sebenarnya orang dulu-dulu memang tahu pasal inai ni, tapi teknik ni jarang digunakan sebab inai akan mengubah warna rambut. Tapi kalau anda mengalami masalah rambut rosak atau gugur, dan tak kisah perubahan warna rambut anda, bolehlah cuba petua ni.

Resipi: Gunakan serbuk inai, campurkan dengan telur dan air sehingga menjadi pekat. Biarkan sejam. Tambahkan jus lemon dan kisar dalam blender sehingga campuran menjadi halus. Sapukan pada rambut dan kulit kepala, dan biarkan selama 2 jam. Boleh juga biarkan semalaman. Bilas dengan air sejuk, dan shampoo macam biasa.

Kekerapan: Disebabkan inai ni mengubah warna rambut, buat sekali sebulan sahaja atau dua bulan sekali.

Where to Buy: Inai dalam bentuk serbuk sangat mudah didapati sekarang. Telur dan lemon di mana-mana pasaraya berdekatan.

8. Oatmeal Mask

shampoo untuk rambut gugur

Mask ini sangat mudah dibuat dan memang elok untuk kesihatan rambut. Anda perlukan sedikit minyak badam dan susu, dan dua bahan tambahan ni pun memang elok untuk rambut disebabkan kadar lemak, protein, dan vitamin yang tinggi.

Resipi: Setengah cawan oats, 1-2 sudu besar minyak badam, dan setengah cawan susu. Campurkan hingga sebati, dan dan sapukan pada rambut dari kulit kepala hingga hujung rambut. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air suam, dan shampoo macam biasa.

Kekerapan: Sekali seminggu atau dua minggu sekali untuk hasil terbaik!

Mana nak beli: Minyak badam boleh didapati di mana-mana kedai kecantikan atau kedai barangan organik. Boleh juga beli online. Oatmeal boleh beli yang biasa kat kita makan tu.

9. Mask telur dan yoghurt

atasi rambut gugur

Nampak tak betapa banyaknya resipi yang menggunakan telur? Memang telur ni sumber protein dan lemak yang penting untuk kulit dan rambut. Tapi kalau makan banyak sangat jadi masalah kolesterol pulak. So gunakan macam ni lagi sihat. Mask ini sesuai untuk rambut gugur dan rambut rosak. Yoghurt juga sumber protein, tapi juga mengandungi asid yang penting untuk kesihatan rambut dan kulit kepala kita.

Resipi: Pukul sebiji telur hingga kembang, dan campurkan suku cawan yoghurt dan suku cawan mayonis. Campurkan hingga sebati. Urutkan pada kulit kepala dan tutup dengan shower cap, biarkan selama sejam. Bilas guna air dan shampoo.

Kekerapan: Seminggu sekali sudah cukup

Mana nak beli: Semua bahan ni terdapat dalam peti sejuk anda sekarang! Kalau takde, pergi je mana-mana kedai runcit.

10. Minyak Kelapa dan Jus Lemon

merawat rambut gugur

Selain menguatkan rambut dan membantu rambut tumbuh lebih cepat, rawatan ini juga menghapuskan kelemumur dengan pantas. Tapi ia boleh mengubah warna rambut, sebab jus lemon berfungsi sebagai bleach semulajadi. Rambut akan jadi warna cerah sikit dan kurang hitam. Kalau tak mahu warna berubah elakkan dari kena cahaya matahari lepas gunakan rawatan ni.

Resepi: Campurkan satu bahagian jus lemon dengan dua bahagian minyak kelapa dan urutkan kepada kulit kepala. Biarkan selama 4 jam atau semalaman, kemudian cuci dan bilas seperti biasa guna shampoo.

Kekerapan: Gunakan seminggu sekali sudah cukup untuk hasil maksimum.

Mana nak beli: Minyak kelapa boleh didapati di kedai kecantikan. Boleh gunakan minyak kelapa dara untuk lebih khasiat, tapi minyak masak kelapa tu pun sudah cukup. Lemon sekarang senang didapati di mana-mana.

11. Vitamin E

penyebab rambut gugur

Kita gunakan bahan semulajadi sebab nak vitamin dia kan? Kenapa tak gunakan saja vitamin tulen? Petua ini akan menerangkan caranya. Semua bahan dalam ni adalah berasaskan pati minyak tulen. Hanya gunakan petua ini jika anda mengalami masalah rambut rosak yang sangat teruk. Menggunakan vitamin tulen semata-mata boleh merosakkan rambut sihat.

Resipi: Dalam botol kosong, campurkan suku cawan minyak vitamin E dan suku cawan minyak jojoba. Kemudian titiskan 15 titisan minyak peppermint dan 15 titisa minyak rosemary. Tutup botol dengan rapat dan goncang supaya campuran minyak tadi sebati. Urutkan pada kulit kepala anda, dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, bilas dan shampoo.

Kekerapan: Amalkan setiap malam untuk kesan terbaik. Untuk rambut berminyak, 2-3 kali seminggu sudah memadai.

Mana nak beli: Semua minyak pati boleh didapati di kedai organik dan lain-lain kedai kecantikan. Vitamin E boleh dibeli dalam bentuk kapsul di farmasi. Bocorkan kapsul untuk mendapatkan minyaknya.

12. Lidah Buaya (Aloe Vera)

rambut gugur banyak

Ini juga merupakan petua yang sangat elok untuk pertumbuhan rambut baru dan memperbaiki rambut rosak. Ia juga berfungsi mengurangkan kelemumur, rambut lebih terurus dan menghilangkan masalah gatal kulit kepala.

Resipi: Tuang suku cawan air dan suku cawan gel aloe vera ke dalam mangkuk dan kacau perlahan-lahan dengan sudu. Tuangkan kedalam botol yang boleh spray. Spraykan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan sejam, kemudian bilas dengan air dan shampoo.

Kekerapan: Selamat digunakan setiap hari.

Mana nak beli: Gel Aloe Vera mudah didapati di farmasi dan kedai kecantikan seluruh Malaysia.

 

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

3 comments

  1. assalamualaikum sis...macam mana nak hilang kan masalah kelemumur ea? macam macam shampoo saya da gune....harap sis dapat tolong masalah saya ini..t.kasih

  2. Assalam sis..mne nk beli minyak castor selain lazada?..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *