Home / Tips Kecantikan / Cahaya Mataku

Cahaya Mataku

 

Sebagai seorang ibu memang banyak dugaan yang terpaksa dihadapi untuk membesarkan anak. Macam-macam nak kena fikir: susu, makanan, pengasuh, sekolah, dan lain-lain. Memang penat, memang mahal, tapi yang pasti juga, memang berbaloi. Saya memang cukup bahagia jadi seorang ibu walaupun baru seorang anak.

Saya sangat mengagumi si ibu. Sejak sebelum jadi ibu pun saya dah kagum dengan pengorbanan dan komitmen para ibu, ini bila dah ada anak sendiri saya jadi lagi kagum. Memang banyak masa dan keringat yang dihabiskan untuk anak ni.

Sebagai ibu dan juga usahawan yang bersuami saya juga tabik spring kepada para ibu tunggal. Itu lagi power. Saya yang ada pertolongan dari suami ni pun kadang-kadang tak menang tangan, inikan pula ibu tunggal yang terpaksa mengharungi semuanya seorang diri. Memang tabah.

Dalam blog ni saya akan cungkilkan rahsia bagaimana ibu yang berjaya membahagikan masa, menguruskan wang, dan mencari kekuatan untuk teruskan berjuang dalam jihad yang mulia ini InsyaAllah.

Saya juga akan menemuramah para ibu tunggal dan ibu-ibu yang masih berkerjaya dan mendalami ilmu mereka bagainmana mereka dapat melaksanakan bukan satu, tapi dua mahupun 3 tanggungjawab berat dan masih boleh berjaya. Harap anda dapat manfaat dari blog saya ini.

 

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *