Aura White Stem Cell Collagen Review: Jangan Beli Sebelum Baca!

aura white stem cell collagen

aura white stem cell collagen

Apakah Kelebihan dan Kekurangan Aura White Stem Cell Collagen?

Saya nak luahkan perasaan sikit. Minyak, jeragat, parut. Itu masalah kulit yang saya alami. Kulit saya memang sangat berminyak. Kalau cuci sekarang, tunggu dalam dua jam dia dah berminyak balik.

Dan daripada minyak yang tersangat extra itulah dapat benda lain seperti jeragat. Jeragat pula menghasilkan parut. Parut pula perangai dia memang tak mau hilang.

STRESS!

So bila kawan-kawan cerita pasal supplemen ni, nak percaya pun was-was, tapi memang saya sedar benda ni perlu. Cuma nak beli yang mana tu yang tak tau. So hari ni saya nak kupas sikit pasal produk yang saya pernah cuba, dan kita tengok satu-satu apa kelebihan dia.

Aura White Beauty Skincare

Sebelum cerita kelebihan dan kekurangan apa kata kita siasat dulu apa bahan aktif dalam Aura White ni. Aura White terdiri dari dua bahan aktif utama:

  1. Stem Cell
  2. Collagen

Jom kupas sikit dua bahan ni.

Apa itu Stem Cell?

Stem Cell ialah sel badan yang belum ada fungsi spesifik dalam badan. Contohnya sel darah merah berfungsi menghantar oksigen ke seluruh badan. Dia dah ada tugas spesifik. Sel yang dah jadi sel darah merah tak akan boleh berubah jadi sel lain. Contohnya kalau badan tak cukup sel tulang, badan tak boleh  ambil sel darah merah dan ubahkan dia jadi sel tulang.

Hanya stem cell yang boleh berubah mengikut apa yang badan kita perlukan.

Jadi apa maksudnya?

Kalau kita banyak stem cell dalam badan, senang untuk badan kita repair balik kerosakan. Contohnya parut adalah kesan kerosakan. Kalau stem cell dalam badan cukup-cukup makan, ia akan digunakan untuk tujuan yang lagi penting, contohnya buat darah, ganti sel tulang yang patah, dan lain-lain.

Bila stem cell ni banyak lebih baru digunakan untuk benda macam parut jerawat di muka. Sebab parut jerawat tak urgent sangat. Banyak lagi benda lain yang penting.

Jadi kalau nak stem cell lebih kena supplemen la.

Apa itu Collagen?

Collagen adalah sejenis protein pengikat. Ia mengikat sel-sel badan yang lain supaya tersusun ikut bentuk yang paling stabil. Contohnya kalau muda kulit kita memang ada shape dia. Sebujur sirih muka kita. Bila dah semakin berumur, kulit pun mula menggelebeh.

Ini kerana semakin lanjut umur kita, badan kita semakin kurang hasilkan collagen. Jadi bila dah tak ada sang pengikat, habislah terlerai semuanya. Kesannya, kedut, eye bags, smile lines, dan lain-lain.

Jadi top up la protein pengikat masing-masing ye.

Bahan-Bahan Dalam Aura White

Sekarang kita dah tahu apa bahan aktif dalam Aura White, kita siasat pula mana datangnya bahan aktif tu. Kalau sintetik, mungkin akan mendatangkan kesan sampingan kepada badan kita.

Sememangnya bahan-bahan yang digunakan dalam produk ni memang dari sumber semulajadi:

Salmon Collagen Peptide, 15x Stemcell dari
Phyto superfruit extracts of Green Apple Stemcell PhytoCellTec ,
Maquiberry, Roselle, Cranberries, strawberries , Snow lotus, Raspberry ,
Red Apple , Blueberry , Pomegranate , Grapes ,
Dragonfruit, Brocolli, Prune & Kiwi

Bahan Aktif Lain dalam Aura White:

1. Pearl Powder

Mutiara yang ditumbuk menjadi serbuk, telah digunakan oleh Maharani China sejak beribu-ribu tahun lamanya. Sains kini baru nak memahami teknologi yang telah diamalkan sejak purbakala. Boleh buat kajian anda sendiri: Maharani China sangat tersohor dengan kecantikan kulit mereka.

2. L-Glutathione

Terlalu banyak manfaat Glutathione dan memang memerlukan artikelnya sendiri. Rumusannya: Glutathione adalah anti-oksidan untuk anti-penuaan yang premier, dan cara terbaik untuk mendapatkannya adalah dalam bentuk L-Glutathione

3. Hyaluronic Acid

Asid Hyaluronic adalah sebatian dalam kulit yang menyedut dan mengikat air. Ia mampu menampung air sebanyak 1000 kali beratnya sendiri. Tiada lagi masalah kulit kering.

4. Berry Stem Cells

Gogi Berry menunjukkan kebolehan untuk memperbanyakkan stem cells. Stem cells adalah sel badan yang belum specialize lagi. Ini bermakna ia boleh menjadi sel jantung, sel paru-paru, dan sudah tentu sel kulit, collagen dan elastin.

5. Virgin Coconut Oil

Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara telah digunakan dalam perubatan tradisional Ayurvedic masyarakat India kuno sejak 5000 tahun dahulu. Saintis baru sekarang mula memahami khasiat dan kelebihan minyak kelapa dara. Ia sangat mujarab untuk hilangkan parut.

6. Buah Camu-camu

Buah camu-camu berasal dari Brazil dan juga terdapat di Peru. Ia adalaah agen antioksidan yang sangat kuat - boleh dikatakan paling kuat. Ini penting kerana proses pengoksidaan adalah penyebab utama collagen dalam badan musnah. Khasiat lain camu-camu termasuklah sebagai agen antiviral dan juga melindungi hati daripada jangkitan kuman.

7. Asthaxanthin

Ini adalah pigmen carotenoid yang didapati dari salmon lautan Pasifik. Ia memang terbukti elok untuk kulit, tetapi penemuan baru mendapati ia juga melindungi dari serangan jantung dan sakit sendi.

8. Rose Hips

Ini adalah buah pokok bunga ros. Memang terbukti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat. Dalam persekitaran kita yang tercemar ni, kita perlukan antioksidan sebanyak yang mungkin. Penemuan baru juga menunjukkan rose hips melindungi dari pembentukan sel kanser.

Kebaikan Aura White

Apa kelebihan Aura White ni? Macam mana produk ni boleh bantu anda? Sila lihat senarai berikut:

  1. Menggalakkan pertumbuhan rambut - Collagen bukan saja untuk kulit, malah berguna untuk rambut, kulit, tulang, dan sendi. Contoh: siapa yang bila cuci mascara, bulu mata dia gugur? Saya pun. Bila consume Aura White ni, bulu mata yang gugur tu lebih cepat tumbuh. Lega!
  2. Menghilangkan parut jerawat - Ok, saya mengaku. Saya suka picit jerawat. Don't judge me. Tak tahan. Bila picit jerawat, dia jadi lagi banyak, dan yang di picit tu jadi parut. Argh!! Tapi lepas dua bulan consume Aura White, parut dah tak menyerlah sangat macam dulu. Dah start hilang sikit-sikit. Suka!
  3. Menegangkan kulit - Kalau orang selalu bersukan macam saya, kulit muka akan jadi gelebeh sikit. Sebab cahaya matahari terik akan merosakkan collagen. Bila consume ni, dah  mula tegang balik. Tapi saya pun kena kurang sikit berjemur tengah panas.
  4. Mengurangkan minyak - Ini saya punya favourite! Bila consume ni, kulit dah kurang menghasilkan minyak. Kalau tak tu shining semacam je. Akhirnya!
  5. Mencerahkan kulit - Bahan-bahan semulajadi dalam Aura White ni juga berfungsi mencerahkan kulit. Ini memang penting untuk kita yang tinggal dalam iklim khatulistiwa.

Cara Amal:

Masukkan 2 scoop ke dalam shaker bersama air kosong dan goncang.
Tidak digalakkan guna air panas kerana boleh menghilangkan zat-zat makanan.
Diambil ketika perut kosong iaitu waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur

Testimoni

testimoni aura white stem cell collagen

aura white testimoni

aura white testimoni

Aura White Berwajah Baru

rekabentuk botol baru aura white

Aura White telah menjalani proses rebranding untuk tampil dengan rekabentuk yang lebih moden dan professional.

Produk-produk dalam Rangkaian Aura White

Aura White Stem Cell Collagen 15+

Klik gambar di bawah untuk order sekarang!

aura white stem cell collagen 15 plusKlik sini untuk ORDER sekarang!

Gabungan stem cell dan collagen untuk kesan yang lebih cepat dan mujarab

Aura White Beauty Collagen

Klik gambar di bawah untuk order sekarang!

aura white beauty collagenKlik sini untuk ORDER sekarang!

Produk collagen terlaris di Malaysia

Aura Men Collagen

Klik gambar di bawah untuk order sekarang!

aura men turbo collagenKlik sini untuk ORDER sekarang!

Collgen untuk lelaki