Home / Santai Viral / 6 Bayi Ini Akan Membuatkan Anda Teringat Kekuasaan Allah

6 Bayi Ini Akan Membuatkan Anda Teringat Kekuasaan Allah

6 Fakta Menarik Bagaimana Bayi Dapat Menambahkan Taqwa Kita Kepada Allah

Bayi adalah anugerah Allah kepada kita. Rezeki dari-Nya. Tapi ramai tak tahu terdapat banyak pengajaran yang dibawa oleh sang bayi untuk mengukuhkan iman kita. Saksikan:

1. Subhanallah! Betapa Dalam dan Murninya Cinta Antara Ibu dan Anak

Video 1 minit 14 saat ini menunjukkan seorang bayi baru lahir terus memeluk erat dan mencium pipi ibunya. Sungguh sayu melihat tangan kecil comel itu memegang erat kening si ibu. Bagaikan tahu jerih payah wanita itu melahirkannya ke dunia.

Keadaan menjadi lucu seketika apabila jururawat mengambil bayi untuk memandikannya. Si bayi terus menjerit dan tak mahu diam, sehingga diletakkan semula ke wajah ibunya barulah ia diam.

Subhanallah. Betapa besarnya kuasa Allah yang menjadikan ikatan rohani yang begitu kuat antara ibu dan anak. Sila share kepada ibu dan bakal-bakal ibu untuk meraikan pengorbanan mereka.

2. Bayi Baru Lahir Ini Sudah Pandai Menyebut Kalimah Allah?

Bayi ajaib ini lahir di Sirajgani. Nama ayahnya Khoda Box dan nama ibunya Rozena Begum. Ia lahir di Hospital Moinuddin Memorial Hospital.

Sejak azali lagi kita telah berbaiah kepada Allah SWT, tetapi bila lahir ke dunia kita lupa janji kita. Bayi ini adalah bukti baiah kita kepada Allah, untunglah beliau masih ingat walaupun telah tiga hari dilahirkan.

Semoga Allah mengurniakan kita iman yang sempurna dan tempat yang baik di akhirat kelak. Amin.

3. Bayi Dalam Kandungan Sujud Apabila Mendengar Bacaan Al-Quranul Karim

Video ringkas 5 minit ini menunjukkan sang bayi mengubah posisinya ketika dibacakan ayat Al-Quran. Posisi akhir bayi adalah dalam keadaan sujud, mengakui keagungan Rabbnya. Mengikut sains moden, tidak mungkin bayi yang masih janin ini faham apa yang dibacakan kepadanya.

Namun, jelas kelihatan dia sebenarnya khusyuk menhayati bacaan ayat suci tersebut. Para ibu sekalian, mungkin ada faedahnya mendengarkan bacaan Al-Quran kepada bayi anda dalam kandungan. Semoga zuriat anda lahir sebagai orang soleh yang menegakkan agama Rasulnya. Amin

4. Azan Pada Telinga Bayi Mampu Merangsang Pertumbuhan Saraf Bayi

azan di telinga bayi

Kita telah menyaksikan betapa hebatnya kesan bacaan Al-Quran kepada bayi dalam kandungan. Bagaimana pula kesan azan di telinga bayi yang baru lahir?

Kajian saintifik menunjukkan ianya tak kurang hebatnya. Azan adalah bunyi yang berbentuk modular, bermakna ia tetap dari segi "key" dan tidak berubah melainkan melodi nya. Ini merangsang sel saraf dengan lebih berkesan dari bunyian yang rumit seperti lagu di radio atau lagu klasikal.

Tambahan pula bunyi suara ayah berbentuk "bass" iaitu bunyi yang rendah. Bunyi rendah memberikan keyakinan dan menenangkan hati si bayi. Sebab itu bayi yang diazankan terus berhenti menangis. Subhanallah.

5. Bayi Berhenti Menangis Sebaik Sahaja Mendengar Ayat Al-Quran

Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Saksikan seorang bayi yang asyik menangis, terus terdiam setelah didengarkan ayat Quran. Bukan itu sahaja, malah ia terus tidur dengan lenanya dalam masa kurang satu minit sahaja setelah ayahnya mendengarkan ayat quran pada telinganya. MasyaAllah.

6. Bayi Menangis Bila Quran Ditutup, Dan Ketawa Bila Quran Dibuka

Sungguh comel melihat gelagat bayi ini yang ketawa riang apabila Quran dibuka, tetapi mula menangis sebak sebaik sahaja Quran ditutup. Si ibu pun menyakat dengan mengulang berkali-kali. Bayi yang jiwanya masih suci sangat sensitif kepada mukjizat al-Quran. Semoga kita yang dewasa ini pun dapat menyucikan hati untuk menghayati Quran Kareem.

Sekian, itulah 6 kes di mana gelagat bayi dapat mengingatkan kita akan kekuasaan Allah SWT. Sila share jika anda rasa artikel ini telah membolehkan anda muhasabah seketika. Semoga berlipat ganda ganjarannya.

About mamalink

Check Also

Nur Fazura Risau Jadi Andartu?

Meluahkan perasaannya di dalam majalah Scion (keluaran Brunei) baru-baru ini, Nur Fazura menjelaskan dia juga lebih ...

One comment

  1. Bayi pun meminati Al-Quran. Kecil lagi. Kita yang dewasa ni, masih lagi alpa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *