Home / Tips Kecantikan / 5 Hujah Feminist Barat Menentang Hijab dan Cara Menjawabnya

5 Hujah Feminist Barat Menentang Hijab dan Cara Menjawabnya

feminis dan hijab

5 Jawapan Bocor yang boleh anda gunakan sekiranya terjumpa feminis barat

Feminism adalah ideology barat yang memperjuangkan hak wanita dalam masyarakat yang dikatakan diterajui dan dimonopoli oleh kaum lelaki.

Feminism itu sendiri sangat banyak cabangnya, dan setiap cabang dalam feminism memperjuangkan isu mereka sendiri dengan cara mereka sendiri. Antara feminist yang terkenal di Malaysia termasuklah Marina Mahathir yang juga sebahagian daripada organisasi Sisters In Islam.

Salah satu "isu" yang diperjuangkan oleh feminis barat ialah tentang hijab dan peranannya dalam masyarakat Islam. Kebanyakan isu yang diperjuangkan adalah hak kebebasan wanita yang dirasakan terlalu dikongkong oleh patriaki. Apakah patriaki? Patriaki adalah konsep di mana masyarakat secara amnya adalah dimiliki dan dipimpin oleh lelaki.

Mari kita lihat hujah feminism menentang pemakaian hijab dan bagaimana untuk menjawabnya sekiranya anda terjumpa feminis sebegini:

1. Hijab itu penindasan terhadap wanita

Sara-Square-Satin-Hijab-109432-1-catalog

Dalam pandangan feminism, hijab adalah bertujuan untuk menutup kebebasan dan kecantikan  wanita. Hak asasi manusia adalah untuk bebas memakai apa sahaja, dan jika Islam mewajibkan hijab ke atas wanita, ini bertentangan dengan hak asasi manusia.

Jawapan:

Dalam Islam, hak manusia adalah kepada Allah sebagai hambaNya dan bukan tunduk kepada mentaliti barat. Begitu juga hak isteri adalah kepada suami dan ini akan menjanjikan kehidupan yang bahagia dalam rumahtangga di dunia dan di akhirat.

2. Wanita dalam Islam tiada hak bersuara, dan hijab itu buktinya

tudung bawalHijab adalah cara bagaimana Islam menindas wanita. Apabila wanita menutup aurat, ia seakan-akan tanda bahawa wanita itu tidak bebas menampilkan diri mereka sepertimana yang mereka mahukan. Dalam Islam, wanita tiada pilihan, sedangkan mempunyai hak untuk membuat pilihan itu adalah salah satu fungsi utama dalam kebebasan.

Jawapan:

Hak bersuara adalah ilusi yang dijanakan oleh barat untuk mengongkong umat lain secara halus. Bila semua orang bebas bersuara, siapakah yang sebenarnya mendapat lebih hak untuk bersuara? Jawapannya adalah orang yang berduit dan berkuasa. Merekalah yang memonopoli media massa dan menentukan apa yang mereka nak kita dengar dan tonton dari hari ke hari.

Dalam Islam semua orang adalah tertakluk kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, tanpa mengira harta dan darjat. Ini lebih adil kerana orang berkuasa tidak akan ada ruang untuk menganiayai orang yang lebih lemah.

 

3. Hijab adalah cara Islam untuk mengongkong seksualiti wanita

instant shawl

Seksualiti barat adalah sesuatu yang ditonjolkan pada setiap saat dan setiap peluang yang ada. Ini menurut feminism barat adalah puncak pencapaian dalam memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia. Wanita boleh memakai apa sahaja yang mereka mahukan, seks adalah hak wanita sepenuhnya, dan wanita berhak memilih untuk melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.

Islam meletakkan hijab dan memaksa wanita untuk menutup aurat supaya seksualiti wanita dapat dikongkong dan di"jinak"kan.

Jawapan:

Seksualiti yang ditaja oleh fahaman barat bukanlah seksualiti, sebaliknya enjin pemasaran yang menggalakkan semua orang berbelanja walaupun tidak perlu. Wanita barat ramai yang mengalami depression akibat membandingkan diri dengan model-model jelita, kurus, dan separuh bogel. Mereka akan habiskan duit untuk membeli produk kecantikan, produk melangsingkan badan, etc.

Seksualiti wanita Islam pula adalah milik dia sepenuhnya, dan dia berhak memilih siapa yang dirasakan cukup istimewa yang layak untuk diserahkan kepadanya.

Dapatkan tips kecantikan yang sesuai untuk wanita Islam di sini.

4. Hanya wanita yang tiada harga diri akan membiarkan diri mereka dibalut sebegitu rupa

tudung

Feminism mula muncul setelah wanita barat mula merasakan kesempitan hidup yang disebabkan oleh kongkongan patriaki terhadap wanita. Wanita tidak ada hak mengundi, tidak dibenarkan bekerja, dan tidak boleh mengadu jika dipukul oleh suaminya. Perjuangan feminism kini membuahkan hasil di mana wanita sudah mula bekerja malah memegang jawatan tinggi, berhak mengundi, dan semakin terbela dalam masyarakat.

Wanita yang berhijab akan membuatkan semua usaha ini sia-sia, kerana tunduk kepada penindasan yang menggunakan hijab sebagai alat untuk memperhambakan wanita.

Jawapan:

Harga diri adalah perkara subjektif, dan tiada sesiapa pun berhak untuk menentukan harga diri orang lain. Jika wanita barat bebas menayangkan tubuh mereka untuk dilihat oleh masyarakat umum, kenapa pula wanita Islam tidak bebas untuk menutup tubuh mereka kecuali kepada lelaki yang dibenarkan melihatnya?

Jika wanita barat bebas mengaitkan harga diri mereka dengan tidak memakai kain yang cukup, wanita Islam sepatutnya bebas mentakrifkan harga diri mereka dengan menutup tubuh mereka sepenuhnya.

5. Wanita berhijab secara tak sedar telah menjadi hak milik lelaki, dan bukan lagi manusia yang punya hak dan harga diri

haydena-darla-wideshawl-paisley-red-7994-8527501-1-catalog_3_2

Di barat, wanita mempunyai hak sama rata dalam perkahwinan dan dalam soal rumahtangga. Wanita bukan hak milik lelaki, oleh itu mempunyai hak mereka sendiri dan boleh berfikir dan membuat keputusan sendiri. Keadaan sebaliknya berlaku dalam Islam, di mana semua keputusan adalah dibuat dengan mengambil kira hak lelaki dahulu, wanita kemudian. Contohnya dalam sistem faraid.

Jawapan:

Lelaki dan wanita adalah makhluk yang berbeza, dengan keperluan yang berbeza. Oleh itu, hak yang dianugerahkan oleh Islam kepada mereka juga berbeza. Ini tak bererti wanita dalam Islam tiada hak mereka tersendiri. Hak mereka berbeza dengan hak lelaki.

Jika seorang lelaki diberi hadiah bunga oleh teman wanitanya, ia tidak mendatangkan kesan yang sama jika si gadis yang menerima bunga dari teman lelaki. Dalam Islam, pemberian hak yang tidak sama tak semestinya bermakna ia tidak adil.

 

Kesimpulan:

Gadis muda yang membesar dalam suasana yang penuh dengan pengaruh barat memang mudah terhanyut jika tidak dibimbing untuk mengenali Islam sejak kecil. Adalah tugas kita sebagai ibu bapa untuk memastikan mereka faham agama mereka dan menjadi hamba Allah yang solehah, dari dunia hingga ke Jannah.

Amin.

 

 

About mamalink

Check Also

bawang putih

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

Bawang Putih: Membantu Wanita untuk Kekal Cantik dan Sihat Sejak 7000 tahun dahulu Siapa yang ...

4 comments

  1. Hahaha! Oi Muslims! Newsflash: nobody gives a shit about you. Nobody is out to get you. Feminism is about women's rights, not about Islam. Tolong banyakkan membaca sikit jangan nak syok sendiri sangat!

    • Ok, firstly learn to spell. It's Jerry, not Jeroi. And secondly, dah agak dah. Mesti ada muslim selenga yang butthurt tak tentu pasal. Islam is not the center of the universe, k. Banyak lagi perkara penting yang nak dibincangkan.

      • butthurt tak tentu pasal ? Bukan ko ker Jerry yang mula-mula butthurt tak tentu pasal ? Cuba ko baca komen ko sendiri ni , takkan dah lupa kot ?

        " Hahaha! Oi Muslims! Newsflash: nobody gives a shit about you. Nobody is out to get you. Feminism is about women's rights, not about Islam. Tolong banyakkan membaca sikit jangan nak syok sendiri sangat! "

        ko sendiri butthurt ada hati nak kata org pula..

        "Feminism is about women's rights, not about Islam." - ..Noob la.. Ada dia tulis feminism ni mengenai Islam ? Aku baca tajuk je dah tahu dah artikel ni mengenai apa.. Parent tak ajar membaca ? ke parent ko pun noob ?

        "Islam is not the center of the universe, k. Banyak lagi perkara penting yang nak dibincangkan." - aku setuju mmg banyak lagi perkara lain yang penting untuk diperbincangkan tapi mengenai islam tu apesal la ko ni noob betul.. who says islam is the center of the universe ? Parent u ? no one right..? ko yang noob sangat anggap islam tu mcm tu pastu butthurt tak tentu pasal...

        dan akhir sekali aku tertanya juga apa agama ko ? bukan aku nak join pun cuma nak tahu je sbb kesian betul la ajaran agama ko ni.. agama ko ajar butthurt tak tentu pasal je ke ? benda lain tak ajar ?

        Last word : Jerry ko mmg NOOB.!

  2. iampround to be muslim

    dear penulis yg sama agama denganku...saya amat bersetuju dgn yg anda katakan..teruskn berkongsi ilmu..and one more thing..honestly agama lain tak layak langsung utk judge pompuan islam..itu hak kita untuk memakainya..dan kita tk penah nk kcau agama lain right..??so keep cool and just ignore dkt komen2 org yg buta tentang islam..yg penting kita ikot suruhan Allah..right..!!keep moving..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *