Home / Tips Rumahtangga / Tips Memasak / 18 Shortcut Di Dapur Yang Anda Perlu Tahu

18 Shortcut Di Dapur Yang Anda Perlu Tahu

13. Bakar ikan atas hirisan lemon

Grill fish adn lemons

Pernah tak grill/bakar ikan, lepas tu bila nak terbalikkan, isi dia melekat kat kuali. Geram kan? Jadi buruk masakan kita. Selain gunakan daun pisang, kita juga boleh gunakan hirisan lemon untuk dapatkan perisa lemon pada kulit ikan bakar tu. Nyum nyum!

 

14. Buat hash brown yang cantik menggunakan waffle iron

Hashed browns

Cara buat hash brown secara tradisional memang sangat susah. Tak percaya tengok video ni. Kalau ada waffle iron, masukkan saja bahan-bahan, tutup, dan tunggu. Anda akan nampak macam pro dalam sekelip mata!

15. Microwave tiram selama 10-20 saat supaya senang dibuka

Opening oysters

Tiram memang sangat ketat untuk dibuka, dan biasanya memerlukan pisau kecil untuk mengopaknya. Tapi ini cara yang bahaya, dan boleh melukakan jari anda. Masukkan saja kedalam microwave untuk 10-20 saat, ia lebih mudah untuk dibuka.

16. Roti yang masuk angin boleh dilembutkan semula dengan air dan bakar dalam oven

Loaves of bread

Roti baguette macam ni semakin popular sekarang. Masalahnya ia cepat masuk angin dan jadi keras. Senang je. Buka paip, basuh sikit roti ni dalam air, lepas tu masukkan dalam oven dan bakar sekejap sehingga kering balik. Roti ini akan jadi segar dan ranggup kembali. Tapi boleh buat sekali je. Buat lagi sekali dia akan jadi keras macam biskut.

17. Gunakan belon untuk buat Chocolate Cups

Chocolate bowls

Ni contoh benda yang sebenarnya senang nak buat tapi nampak macam susah. Cairkan coklat ke dalam mangkuk, biar sejuk sekejap, dan kemudian masukkan belon ke dalam coklat cair tadi. Pastikan coklat menutup sekurang-kurangnya separuh belon tu. Belon pun tak perlu tiup besar sangat, sekadar cukup nak jadi cawan/mangkuk. Bila coklat dah keras balik, letupkan belon tu dan buang.

Nah, mangkuk atau cawan coklat yang nampak mahal dan susah nak buat. Letaklah buah atau kuih muih dalam tu. Rahsia kita ye!

18. Gunakan dua pinggan kaca untuk potong tomato ceri dengan sekali hiris sahaja

Plates and cherry tomatoes

Tomato ceri ni comel, manis, dan sedap, tapi leceh nak potong sebab kena buat satu-satu, dan makan masa yang lama. Gunakan 2 pinggan kaca, macam dalam gambar di atas. Letak pisau di celah antara dua pinggan tu dan hiris hingga ke hujung. Satu batch terus siap dihiris. Kalau mak mertua datang rumah dan pergi jenguk ke dapur, tunjukkan skill ni. Dia pasti bagi lulus SIRIM punya.

 

Rumusan:

Shortcut ni anda boleh gunakan sementara masih belajar, supaya taklah rasa jauh sangat perjalanan nak pandai masak tu. Lama-lama, dengan kesabaran dan tekun practice, anda akan jadi master dalam dapur.

Nak lagi artikel macam ni? Share supaya saya tahu anda suka!

About mamalink

4 comments

  1. best gile artikel ni..banyak benda yang macam best je..paling best tang pisang tu...tak busuk eh?

  2. adeh..no 5 tu kalau boleh tak nak laa.. masak2 simpan dalam peti ais.. mcm x fresh je.. masih berkerajinan nak masak hari2.. huhuhu.. kalau malas, beli je dalam seminggu tu adalah sekali 2 beli...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *