Home / Tips Rumahtangga / Tips Memasak / 18 Shortcut Di Dapur Yang Anda Perlu Tahu

18 Shortcut Di Dapur Yang Anda Perlu Tahu

7. Gunakan ice tray untuk bekukan makanan

Freezing herbs in oil

Ice tray itu bukan sahaja untuk buat ais. Boleh gunakan untuk bekukan sambal belacan, tempoyak, makanan bayi, dan macam-macam lagi ikut kreativiti anda. Bila dah beku masukkan dalam beg ziplock dan simpan dalam freezer. Boleh keluarkan anytime bila nak guna.

8. Keringkan rempah dalam microwave

Drying herbs

Yang ni tak ramai orang buat. Bayangkan serbuk kunyit homemade. Masukkan dalam microwave dan check setiap 20 saat, terbalikkan sekali-sekala, ulang sehingga betul-betul kering. Kemudian tumbuk dalam lesung batu. Boleh juga gunakan untuk buat cinnamon powder, cili powder, etc. Kreativit anda adalah diperlukan!

9. Gunakan hirisan buah epal untuk mengelakkan kek dan pastri menajdi kering

apple slices

Makanan yang dibakar seperti kek dan pastri selalunya cepat menjadi kering kalau simpan lama sangat. Senang saja, simpan kek dalam bekas plastik bersama sekeping hirisan buah epal. Ini akan mengekalkan kelembapan dalam kek/pastri tersebut. "Dah tiga hari pun masih moist? Apa rahsia awak?!" - bersedia untuk terima soalan macam ni. hehe

10. Simpan telur dalam peti ais untuk beberapa hari, nanti lebih mudah untuk kupas kulitnya

Eggs with funny faces

Kalau telur rebus anda susah sangat nak kupas, tu tandanya telur tu terlalu fresh. Simpan dalam peti ais beberapa hari dan cuba sekali lagi. Telur yang dah seminggu pun masih selamat dimakan jika simpan dalam fridge.

11. Gunakan sudu untuk kupas kulit telur dengan lebih mudah dan pantas

Peeling an egg

Masukkan sahaja sudu tu seperti gambar di atas, ini boleh digunakan untuk telur rebus yang terlalu susah untuk dikupas. Boleh juga masukkan garam sedikit kedalam air rebusan untuk memudahkan prosesnya.

12. Rendam telur dalam cuka putih selama beberapa minit untuk buat poached eggs

Soaking eggs in white vinegar

Poached eggs ialah telur yang dipecahkan kedalam air panas untuk direbus, berbeza dengan telur rebus yang dimasukkan sekali dengan kulitnya. Poached eggs ni cara masak yang fancy dan susah nak bagi jadi. Kebanyakan restoran mahal-mahal akan buat telur macam ni untuk menunjukkan tahap skill mereka.

Kalau nak buat kat rumah, rahsianya ialah rendam dalam cuka putih (cuka beras pun ok, atau cuka biasa) untuk beberapa minit. Telur akan mengekalkan bentuknya dalam air, dan girlfriend/boyfriend anda akan kagum dengan kebolehan memasak anda yang bertaraf dunia.

About mamalink

4 comments

  1. best gile artikel ni..banyak benda yang macam best je..paling best tang pisang tu...tak busuk eh?

  2. adeh..no 5 tu kalau boleh tak nak laa.. masak2 simpan dalam peti ais.. mcm x fresh je.. masih berkerajinan nak masak hari2.. huhuhu.. kalau malas, beli je dalam seminggu tu adalah sekali 2 beli...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *