Home / Tips Rumahtangga / Tips Memasak / 18 Shortcut Di Dapur Yang Anda Perlu Tahu

18 Shortcut Di Dapur Yang Anda Perlu Tahu

Nenek-nenek kita selalu pesan, nak memikat lelaki kena melalui perutnya, aka masak best-best. Tapi lelaki yang berpengalaman pun tahu bahawa cara paling cepat dan berkesan untuk menarik minat kaum hawa adalah dengan memasak untuknya. Tak kira lelaki atau wanita, kita semua perlukan skill di dapur, sebagai student yang tinggal dengan kawan-kawan, mahupun yang sudah berkeluarga. Menurut para saintis juga, makanan yang kita pilih ada kesan terhadap perwatakan kita. Ada yang memang berbakat memasak, tetapi kebanyakan orang tidak suka masuk dapur kerana segan takut skill tak cukup tinggi. Maklumlah, memasak ni kadang-kadang nampak rumit dan mengelirukan.

Tak perlu risau, sebenarnya terdapat banyak tips dan trick mudah dan cepat yang bila diamalkan, akan menampakkan kita ni macam dah berpuluh-puluh tahun aktif di dapur, walaupun hakikatnya baru nak start. Di sini saya kompilasikan beberapa tips yang akan jadi "Wow" factor setiap kali anda ada tetamu di rumah:

1. Letakkan aiskrim dalam beg ziplock sebelum masuk dalam freezer

bagging ice cream

Pernah tak sudu jadi bengkok sebab aiskrim terlampau keras? Ha! Ini ubat dia. Masukkan aiskrim sekali dengan bekasnya ke dalam beg ziplock supaya bila dikeluarkan untuk makan, ia tetap lembut dan berkrim. Pasti ada yang akan mintak tips dari anda dan anda akan jadi pakar masakan serta-merta!

2. Bekukan pisang untuk dijadikan base untuk aiskrim yang berkhasiat dan lazat

Frozen banana ice cream

Pisang yang dibekukan senang untuk dihancurkan, dan menjadi sangat halus dan sesuai untuk dijadikan aiskrim. Hanya perlu tambah buah lain, atau perisa vanila/coklat/strawberry mengikut kesukaan anda. Hidangan yang bukan sahaja berkhasiat tetapi lazat!

3. Adunan cucur pisang/cucur kodok/cekodok boleh dimasukkan dalam beg ziplock untuk lebih cepat dan kemas

Pancace batter in plastic bag

Satu lagi kegunaan beg ziplock. Gaulkan bahan-bahan, dan masukkan dalam beg. Gunting sedikit hujung untuk menghasilkan lubang, dan anda boleh kawal saiz cucur anda dengan mudah. Setelah habis, buang sahaja beg plastik/ziplock tu. Tak banyak benda nak kemas. Sesuai untuk apa saja cucur. Gunakan kreativiti anda!

4. Gunakan benang atau dental floss untuk potong makanan lembut

Cutting with dental floss

Nak potong kek dengan cantik dan sekata memang susah kalau guna pisau. Tapi kalau guna benang lagi senang, dan nampak macam kita ni pastry chef. Haha. Boleh juga guna untuk kuih-muih, nasi impit, dan lain-lain.

5. Masak stok makanan untuk beberapa hari pada hari Ahad dan simpan dalam peti ais

Prepping food in advance

Kalau boring hari Ahad tak buat apa-apa, masak la stok untuk dua/tiga hari, masukkan dalam bekas plastik dan simpan dalam freezer. Semua orang akan hairan mengenangkan bila anda mencari masa untuk masak semua ni.

6. Gunakan protein powder dan frozen fruits untuk menghasilkan makanan yang lebih berkhasiat

Protein pancakes

Siapa kata kuih muih tradisional ni tak sihat? Kalau kita letakkan sikit protein powder dan frozen fruits kita boleh nikmati kuih yang sedap tanpa rasa bersalah! Yay!

About mamalink

4 comments

  1. best gile artikel ni..banyak benda yang macam best je..paling best tang pisang tu...tak busuk eh?

  2. adeh..no 5 tu kalau boleh tak nak laa.. masak2 simpan dalam peti ais.. mcm x fresh je.. masih berkerajinan nak masak hari2.. huhuhu.. kalau malas, beli je dalam seminggu tu adalah sekali 2 beli...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *