Home / Santai Viral / 100 Barang Pelik Yang Memang Boleh Dibeli Di Lazada

100 Barang Pelik Yang Memang Boleh Dibeli Di Lazada

Korang pasti pernah terbaca artikel berkaitan individu yang pernah terpedaya ketika membeli barangan secara online kan? Ada yang terbeli perabot bersaiz tapak tangan lah, ada yang terbeli karpet sebesar ibu jari kaki lah dan macam-macam lagi. Tapi korang tahu tak, sebenarnya di laman web LAZADA pun, kita boleh membeli barang-barangan yang dikira pelik serta eksotik? Kalau tak percaya, sini kitaorang senaraikan 100 barang yang agak luar biasa yang boleh korang miliki melalui laman web LAZADA

1. Botol Kencing Mudah Alih


Pada musim percutian je, pasti pusat rehat R&R lebuh raya dipenuhi dengan orang ramai. Tapi takpe, sekarang korang tak perlu lagi risau sebab adanya Botol Kencing Mudah Alih ni. Dalam kereta pun, boleh selesai. Boleh kongsi seisi keluarga pulak tu.

RM 24.64

Pautan: http://ho.lazada.com.my/SHTKsK

2. Mangkuk Tandas Bercahaya


Bagi yang gemar luangkan masa dalam tandas tu, korang pasang je lampu LED ni di tandas korang. Baru rasa lagi gempak ketika membuang.

RM141.15
Pautan: http://ho.lazada.com.my/SHTKsU

3. Paip LED

Buat yang gemarkan ciri kemodenan dalam perhiasan rumah tu, cubalah pasang paip LED ni. Pasti ia akan meninggalkan impak WOW dikalangan tetamu korang.

RM25.20
http://ho.lazada.com.my/SHTNOh

4. Mangkuk Anti Tercekik

Korang yang ada anjing atau kucing yang kuat makan tu, beli je mangkuk ni. Lepas ni senang, takde lah nak lap-lap muntah bila diorang tak hadam lagi.

RM22.40
http://ho.lazada.com.my/SHTNOj

5. Seluar Menstruasi Anjing


Bukan untuk isteri korang ye, tapi untuk kucing atau anjing betina korang. Seperti yang korang tau, kadangkala kawasan kelamin diorang boleh membengkak dan berdarah, untuk elakkan bersepah satu rumah, pakaikan je seluar ni.

RM17.20
http://ho.lazada.com.my/SHTNQr

6. Pengepit Hidung


Buat yang idamkan hidung seperti Katrina Kaif, korang cuba je kaedah ni. Mana tau dari hidung yang berbentuk piring terbang boleh jadi setajam idol korang.

RM40.50
http://ho.lazada.com.my/SHTNRB

7. Pencukur Hidung


Kecantikan harus bermula dari dalam. Bersihkan dalaman hidung korang dengan pencukur bulu hidung ni. Pasti korang lebih yakin bersosial selepas ini.

RM75.00
http://ho.lazada.com.my/SHTNRr

8. Gigi Emas


Korang yang tak ada idea untuk parti Halloween pejabat korang tu, beli je gigi palsu emas ni. Baru bling-bling sikit. Mana tau ada yang tertawan.

RM31.51
http://ho.lazada.com.my/SHTNSL

9. Pemegang Botol


Nampak macam pelik sebab letak minuman dalam kasut, tapi chill dulu. Ni bukannya kasut, tapi pemegang botol berkaca yang boleh mengekalkan kesejukan minuman korang.

RM44.80

http://ho.lazada.com.my/SHTNSr

10. Set Keselamatan Zombie


Boleh dijadikan sebagai hadiah buat kawan korang yang kuat berdrama. Boleh juga digunakan untuk perkelahan dan aktiviti panjat gunung.

RM228.49
http://ho.lazada.com.my/SHTNTD

11. Ink Halimunan


Korang yang tengah berlatih untuk jadi agen secret service tu, boleh la beli ink ni. Tak pun buat korang yang nak tulis surat cinta terlarang ke. Tak susah, guna lampu UV, dah boleh baca.

RM12.63

http://ho.lazada.com.my/SHTi7Q

12. Payung UFO Bebas Tangan


Nampak kelakar tapi ia berkesan! Buat yang malas pegang payung tu, korang beli je ni. Mudah, malah boleh dilipat untuk disimpan dalam bag.

RM38.00
http://ho.lazada.com.my/SHUL5B

13. Hiasan Gajah 3D


Kita mungkin rasa janggal untuk lekatkan stiker gajah di ruang bilik tidur. Tapi kalau dah Lazada jual tu, pasti ada je yang membelikan? Apa pendapat korang?

RM12.70
http://ho.lazada.com.my/SHUL5s

14. Sirip Ikan Duyung


Korang yang ada anak saudara kuat berdrama tu, beli je ni. Pasti korang akan jadi Pakcik/Makcik Terbaik Tahunan.

RM53.54
http://ho.lazada.com.my/SHUL63

15. Penahan Penutup Periuk

Masak seperti seorang chef. Tak perlu lagi lap titisan air perwapan penutup periuk di atas lantai selepas ni. Selain tu, nampak hipster sikit.

RM168.99

http://ho.lazada.com.my/SHUL6F

16. Batu Meteor


Korang yang suka kumpul batu unik tu bolehlah masukkan batu meteor ini dalam koleksi.

RM349.63

http://ho.lazada.com.my/SHUL8D

17. Subang LED Meteor


Satu kelainan dalam mengekspressskan diri korang kepada orang ramai. Ataupun buat yang suka masuk hutan tapi selalu sesat tu, pakai je lah subang ni. Mudah sikit pasukan bomba cari korang waktu malam.

RM17.00

http://ho.lazada.com.my/SHUL9R

18. Mentol Bluetooth


Korang yang sukakan kemodenan, bolehlah melabur dalam mentol ni. Warna lampu dan lagu yang dikeluarkan boleh dikawal melalui telefon bimbit korang.

RM82.00
http://ho.lazada.com.my/SHULA3

19. Patung Perempuan Gilakan Kucing


Betullah kata orang, di Lazada ni, barang yang dijual tiada penghujungnya. Siapa yang ingin semakkan almari rumah kawan korang tu, apa lagi, belilah buat hadiah.

RM128.00

http://ho.lazada.com.my/SHULBD

20. Kotak Simpanan Rahsia


Eh, nampak macam soket plug, tapi sebenarnya ia adalah kotak rahsia yang boleh korang simpan pelbagai barang berharga.

RM31.00
http://ho.lazada.com.my/SHULBt

21. Bantal Paha


Buat loner di luar sana, beli je bantal ni. Selesa pun selesa, sedih pun tiada.

RM88.00
http://ho.lazada.com.my/SHULDA

22. Rambut Palsu Singa


Kalau korang ada kucing yang garang macam singa tu, belikan rambut palsu singa ni. Dari watak garang, pasti berubah jadi kelakar dan comel.

RM51.55
http://ho.lazada.com.my/SHULE2

23. Selipar Ikan


Dunia ini memang pelik. Buat korang yang sukakan perhatian tu, bolehlah beli selipar ikan ni. Pasti korang akan jadi tumpuan orang ramai.

RM72.00
http://ho.lazada.com.my/SHULET

24. Silicone Kencing


Korang yang malu bertinggung tepi highway tu, beli je silicone kencing ni. Nak kencing mudah. Berdiri tepi jalan, acah lihat pemandangan, siap.

RM18.00
http://ho.lazada.com.my/SHULFQ

25. Pemotong Pisang


Korang yang nak diva, tak nak gunakan pisau biasa tu, bolehlah beli pemotong pisang ni. Saiz sama rata, masa pun jimat.

RM137.01
http://ho.lazada.com.my/SHULFp

Pendispens Sabun


26. Kalau korang perlukan bukti bahawa manusia itu pelik, lihatlah apa yang diorang jual dekat Lazada ni. Dengan pendispens sabun ni, korang picit je hidung dia, nanti keluar la sabun yang korang nak.

RM39.90
http://ho.lazada.com.my/SHULGA

Acuan Sudu


27. Korang yang berjaya bukak kedai hipster tu, mungkin boleh beli acuan sudu ni dan bakar biskut berbentuk sudu. Boleh la acah-acah kacau minuman sambil makan sudu tu.

RM15.20
http://ho.lazada.com.my/SHULI7

Bantal Lelap


28. Siapa yang selalu terlelap tu, bolehlah jadikan bantal kawan baik korang. Depan belakang, kiri kanan, yang pasti, kepala korang akan sentiasa terjaga dengan kelembutan bantal setebal 20 inci.

RM129.60
http://ho.lazada.com.my/SHULIk

Golf Tandas


29. Siapa yang jenis sembelit dan perlukan hiburan dalam tandas tu, belilah set golf tandas ni. Bukan saja seronok, tapi dapat membantu korang luangkan masa yang lebih sekaligus menggalakkan pembuangan.

RM35.00
http://ho.lazada.com.my/SHULJQ

Pemanas "Burung"


30. Korang yang selalu kejang dalam pejabat yang sejuk macam bilik mayat tu, apa kata laburkan sikit duit dengan pemanas ni. Bukan saja terjaga, malah selesa.

RM151.00
http://ho.lazada.com.my/SHULKE

Taik


31. Ya, di Lazada ni, taik pun korang boleh beli. Tapi bukan taik sebenarlah. Ini plastik, cuma ia memang nampak realistik. Korang yang nak berebut kerusi di mana-mana nanti apa kata guna kaedah ni je. Tinggalkan taik ni atas kerusi. Pasti tiada yang nak duduk. Lepas tu nanti, masa korang nak duduk, ambil simpan letak dalam bag dan tengok reaksi orang sekeliling.

RM24.00
http://ho.lazada.com.my/SHULLS

Mesin Kentut


32. Korang yang ada orang datang nak minang kakak korang tu, apa kata masukkan ni secara senyap dalam poket dia. Masa sarung cincin tu, apa lagi, tekanlah. Boleh buat gaduh dengan aktiviti menuduh atas pelamin tu ha.

RM154.00
http://ho.lazada.com.my/SHULM0

Cawan Jerung


33. Buat yang bujang dan baru ada kediaman sendiri tu pasti merasa tertekan dengan cadangan ibu dan ayah yang tiada henti akan pemilihan barang perkakas rumah. Cuba usik diorang dengan hidangkan air kopi dalam cawan ni ketika diorang datang melawat, pasti ada yang kena siku kepala nanti.

RM168.00
http://ho.lazada.com.my/SHULMX

Pelapik Otak


34. Tak, bukan otak, tapi pelapik minuman yang berbentuk otak. Bila korang satukan semua pelapik tu, ia akan membentuk satu lakaran otak yang lengkap, manakala kalau korang asingkan, korang akan nampak bahagian2 pecahan otak. Buat pelajar medik, apa lagi?

RM189.99
http://ho.lazada.com.my/SHULN5

Rumput Trump


35. Korang yang suka membela haiwan tapi semuanya mati, bolehlah cuba rumput Trump ni. Mudah dibela dan mesra untuk tumbuh dengan segar.

RM437.00
http://ho.lazada.com.my/SHULOX

Mata-Mata


36. Biji bebola ni adalah mata yang boleh bergerak. Lekatkan di sekitar perkakas rumah korang, korang pasti tak akan rasa kesunyian lagi selepas ini.

RM23.50
http://ho.lazada.com.my/SHULP5

Api Cas Semula


37. Selalu impikan gajet seperti Mr. Bond? Belilah jam ni, bukan saja boleh digunakan sebagai rujukan masa, malah korang pun boleh nyalakan api rokok korang di bahagian belakang jam.

RM50.00
http://ho.lazada.com.my/SHULQY

Gusti Jari


38. Asyik kalah di pertandingan gusti jari? Belilah platfom gusti jari ni, segala pertandingan yang diadakan selepas ini pasti dijalankan secara lebih adil dan saksama.

RM139.06
http://ho.lazada.com.my/SHULRr

Pembuat Kopi Mudah Alih


39. Penggemar kopi diluar sana yang mementingkan kualiti kopi yang korang minum, bolehlah dapatkan pembuat kopi mudah alih ni. Bukan sahaja ketika bercuti, malah di dalam hutan pun boleh minum kopi lima bintang.

RM287.00
http://ho.lazada.com.my/SHULTH

Cawan Kopi Mudah Alih


40. Kalau sebentar tadi pembuat kopi mudah alih, sekarang cawan kopi mudah alih pulak. Bergaya pun ada. Gantung saja di bahu korang buat yang malas pegang.

RM348.00
http://ho.lazada.com.my/SHULUd

Gunting Piza


41. Stress setiap kali angkat piza, bahan di atasnya akan jatuh? Belilah gunting ni. Bukan saja boleh membahagikan piza secara kemas, malas boleh mengangkat tanpa sebarang tumpah dan pembaziran.

RM38.70
http://ho.lazada.com.my/SHULXu

Bag Piza


42. Korang yang sayang piza tu, bolehlah beli bag piza ni, dan simpan lebihan piza korang. Bag ni dilengkapi zip yang boleh mengelakkan angin untuk memasuki bag. Terbaik kan?

RM141.00
http://ho.lazada.com.my/SHULaH

Baju Renang Organ


43. Pelajar medik yang ingin berlibur tapi masih perlukan penghafalan secara konsisten bolehlah cuba kaedah ini. Tunjuk je mana-mana bahagian, sambil main soal penyakit apa yang biasa serang organ yang ditunjuk serta cara pemulihannya.

RM39.99
http://ho.lazada.com.my/SHULbA

Jeruk Timun Menyanyi


44. Kalau rasa hidup korang bosan sangat tu, belilah jeruk timun menyanyi ni. Mana tau hidup korang boleh jadi lebih ceria.

RM150.00
http://ho.lazada.com.my/SHULc3

Bun Lelaki


45. Kalau rambut palsu perempuan mungkin mudah untuk dicari, tapi bun palsu lelaki yang terdiri daripada rambut pendek yang dibunkan memang susah cari di kedai salon sekitar. Sekarang tak payah risau lagi.

RM143.30
http://ho.lazada.com.my/SHULcx

Pensil Kayu Drum


46. Buat yang gemar bergendang dalam kelas sampai bisa tangan tu, apa kata korang beli je pencil ni. Kan lagi mudah dan selamat.

RM127.81
http://ho.lazada.com.my/SHULid

Pad Puting Lelaki


47. Hero yang jenis puting suka menonjolkan diri ketika sejuk tu boleh la beli pad puting ni. Tak adalah nampak gegirl sangat kalau pakai t-shirt putih.

RM59.89
http://ho.lazada.com.my/SHULkx

Penembak Penutup Botol


48. Korang yang memang dikenali sebagai penganggu keamanan di pejabat tu, bolehlah beli penembak ni. Masukkan penutup, tarik dan tembak mangsa. Jangan kena boss sudah.

RM21.30
http://ho.lazada.com.my/SHULms

Topeng Burung


49. Yang ingin kelihatan hensem ketika janji temu pertama tu, belilah topeng ni. Dengar kata perempuan sekarang sukakan lelaki yang berpewatakan misteri.

RM35.80
http://ho.lazada.com.my/SHULnX

Kotak Kosong


50. Korang pasti ada kawan yang jenis malu bila ditanya apa yang diorang nak sebagai hadiah. Kalau diorang cakap nothing, kasi je kotak ni ha. Selesai masalah nak pikirkan hadiah.

RM137.00
http://ho.lazada.com.my/SHULp8

Senduk Dinasor


51. Kalau zaman kanak-kanak ribena korang gempak, pasti korang membesar dengan pelbagai cerita dinosaur. Hadiahkanlah kepada isteri korang, pasti jadi suami terbaik tahunan.

RM110.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnEx

Bag Batu Arang


52. Memilih hadiah bukanlah suatu proses yang mudah. Kadang boleh mati akal jadinya. Kalau korang main tukar hadiah di pejabat, dan dapat kawan sekerja yang korang tak suka, kasi la batu arang ni.

RM184.79
http://ho.lazada.com.my/SHUnF8

Puting Bergigi


53. Ada anak tadika yang masih enggan melepaskan puting? Beli je puting gigi ni dan lihat, dia bawak tak ke tadika.

RM121.98
http://ho.lazada.com.my/SHUnFD

Glob Terapung


54. Glob elegan ini boleh menjadikan satu perhiasan utama di pejabat korang.

RM97.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnFM

Muntah Unicorn


55. Korang yang obses dengan Unicorn tu bolehlah beli lilin muntah unicorn ni. Bila dibakar, rumah korang akan berbau wangi seperti muntah Unicorn.

RM225.33
http://ho.lazada.com.my/SHUnFU

Jenga Tetris


56. Permainan ini memang terkenal sebagai punca pergaduhn antara adik beradik. Kalau permainan tradisional jenga pun dah susah, korang cubalah jengga tetris ni. Boleh menang ke tidak.

RM245.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnFg

Mesin Penembak Duit


57. Hujung bulan masa hari gaji je pasti korang rasa dunia korang yang punya. Alang-alang jadi jutawan sehari tu, korang belilah mesin ni, bolehlah merasa perasaan melempar duit macam artis barat.

RM120.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnG6

Cermin Gelap Bercahaya


58. Walaupun idea untuk memakai cermin gelap ketika malam agak pelik, tapi dengan bingkai glow-in-the-dark ni korang pasti nampak hipster habis.

RM156.29
http://ho.lazada.com.my/SHUnG9

Pemotong Makanan


59. Ibu di luar sana yang mempunyai anak susah jamah makanan tu, beli je pemotong makanan ni. Makanan akan menjadi penbagai bentuk, sekaligus tarik minat si anak untuk makan.

RM304.44
http://ho.lazada.com.my/SHUnGP

Buku Manual Zombi

60. Korang yang rasa fasa zombi semakin dekat dengan kita, bolehlah baca dan hafal segala tips-tips yang diberi.

RM100.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnGZ

Acuan Tepian Brownies


61. Siapa boleh katakan tidak kepada bahagian tepi brownies? Bahagian rangup dan liat tu pasti menjadi rebutan orang ramai. Sekarang dengan acuan ni, korang tak perlu berebut lagi

RM327.20
http://ho.lazada.com.my/SHUnGj

Bekas Ais Anti Tumpah


62. Membuat ais mungkin merupakan kerja rumah yang tidak dipandang orang, tetapi ia sebenarnya memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk mengelakkan sebarang tumpahan berlaku di dalam peti ais. Dengan bekas ni, korang tak perlu takut lagi.

RM175.40
http://ho.lazada.com.my/SHUnGr

Karpet Jam Loceng


63. Korang jenis yang susah bangun pagi? Jangan risau, dengan karpet jam loceng ni, korang pasti dipaksa untuk bangun.

RM130.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnHU

Penahan Buku Zombi


64. Penahan buku yang comel ni pasti boleh menceriakan kawasan rumah korang.

RM260.70
http://ho.lazada.com.my/SHUnHb

Lampu LED Star Wars


65. Buat korag yang ada pasangan gilakan Star Wars tu bolehlah hadiahkan diorang lampu LED ni. Pasti diorang terharu.

RM72.99
http://ho.lazada.com.my/SHUnHl

Belon Cacian


66. Kalau korang dipaksa mengadakan parti kepada orang yang korang tak suka, bolehlah beli belon ni.

RM139.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnHt

Cawan Fondue


67. Korang yang nak acah-acah orang Perancis ketika minum petang tu, bolehlah beli cawan fondue ni dan panaskan keju atau coklat sebagai pencicah makanan jejari.

RM275.34
http://ho.lazada.com.my/SHUnHy

Kopi Maut


68. Dengar kata kepahitan kopi ni boleh menjadikan korang mengharapkan kematian yang lebih awal. Kalau berani cubalah. Jangan lupa sediakancoklat ya.

RM311.11
http://ho.lazada.com.my/SHUnI6

Sikat Rambut Poket


69. Selalunya kita boleh dapatkan pisau poket, sekarang sikat poket pun korang dah boleh beli di Lazada. Bolehlah kelihatan hensem selalu.

RM177.70
http://ho.lazada.com.my/SHUnIK

Pemarut Christ


70. Mungkin korang boleh hadiahkan pemarut ni kepada kawan Kristian korang yang suka memberontak. Mana tau dapat memberi ketenangan kepada diri dia.

RM138.35
http://ho.lazada.com.my/SHUnIS

Selotape Unicorn


71. Hias meja pejabat anda dengan pemegang selotape Unicorn ini. Bukan saja comel malah mengeluarkan selotape melalui punggungnya.

RM145.70
http://ho.lazada.com.my/SHUnId

Sarung Tangan Anti Luka


72. Buat yang gemar memasak tetapi selalu hadapi kemalangan di dalam dapur, bolehlah beli sarung tangan ni.

RM21.68
http://ho.lazada.com.my/SHUnIo

Tisu Trump


73. Ya, di Lazada ni, tisu tandas bermuka Trump pun korang boleh beli.

RM21.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnIx

Enjin Kapal Kertas


74. Buat ibu bapa yang suka main tipu dengan anak-anak, bolehlah beli enjin kapal kertas ni dan adakan pertandingan kapa kertas antara seisi keluarga. Kalau menang nanti bolehlah berbangga.

RM 46.00
http://ho.lazada.com.my/SHUnJ5

Klip Rambut Pokok

75. Buat anak korang yang cintakan alam, bolehlah dapatkan satu buat koleksi.

RM64.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpnk

Pistol Garam Pembunuh Lalat


76. Korang yang nak tajamkan skil menembak tu bolehlah beli pistol garam ni. Pistol garam ni digunakan untuk membunuh lalat, lebah dan serangga perosak lain. Bila makwe datang rumah, daripada guna pemukul lalat, gunalah pistol ni. Coollah sikit.

RM130.60
http://ho.lazada.com.my/SHUpoA

Selipar Rumput


77. Yang tahu kepentingan berinteraksi bersama alam semula jadi tapi geli dengan tanah tu, bolehlah beli selipar ni.

RM55.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpoU

Patung Pelindung Jari


78. Kitorang berani janji bahawa tiada hasil yang memberangsangkan kalau korang pakai patung-patung ni di jari korang, Tapi sekurang-kurangnya, terisilah masa lapang kan?

RM13.20
http://ho.lazada.com.my/SHUpoq

Pembentuk Ais


79. Ok, mungkin benda ni tak berguna di Malaysia, tapi benda ni akan menjadi alat yang sangat membantu kalau korang nak lawan baling salji bila bercuti di kawasan sejuk nanti.

RM17.14
http://ho.lazada.com.my/SHUppI

Pisau Pemanas


80. Pisau ni mungkin buka perkara yang pelik, tapi kitorang letak jugak sebab siapa je yang tak nak pisau pemanas mentega ni? Ni tak, asyik hancur je roti masa nak sapu mentega.

RM204.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpph

Dompet Berpisau


81. Sekarang ni kita tak boleh ambil ringan dengan keselamatan kita. Mungkin ini boleh jadi senjata pertahankan diri korang? Tapi kalau rasa yang jenis tak boleh kawal marah tu, mungkin boleh guna buat kupas buah ke?

RM15.90
http://ho.lazada.com.my/SHUppr

Jam Penghancur Herba


82. Ini lagi satu alat persis Mr. Bond. Selain boleh menyamar jadi jam, jam ini juga boleh menghancurkan herba-herba atau daun-daun yang diperlukan untuk rokok paip.

RM89.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpq0

Gambar Pelik


83. Bagi yang nak menyemakkan rumah kawan korang tu, bolehlah hadiahkan gambar ni.

RM60.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpqB

Tabung Bermuka


84. Dengan alat ini, hanya akan ada dua situasi. Satu korang akan rasa comel dan wajib bagi ‘dia’ makan hari-hari, satu lagi kawan korang akan rasa menyampah dengan hadiah ni dan ia hanya akan melihat dunia beberapa jam sebelum dicampak ke stor selamanya.

RM55.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpqH

Bantal Lipas


85. Korang seorang pencinta haiwan liar? Apa kata korang hias ruang tamu korang dengan haiwan yang comel ini. Bukan sahaja bersaizkan bantal kepala, malah korang juga boleh dapatkan yang saiznya persis seperti saiz bantal pemeluk, sesuai untuk dibuat peneman ketika mengharungi kesejukan malam.

RM 27.90
http://ho.lazada.com.my/SHUpqO

Pen Ber-elektrik


86. Korang pasti ada kawan yang jenis suka pinjam pen tapi tak tahu pulangkan kan? Apa kata kasi diorang kejutan manja dengan pen ni?

RM10.99
http://ho.lazada.com.my/SHUpqc

Kotak Tiada Fungsi


87. Kalau korang rasa ada duit gaji berlebihan bulan ni dan tak tahu nak berbelanja di mana, apa kata korang beli kotak tiada fungsi ini. Seperti nama yang diberi, kotak ini memang tiada fungsinya selain akan kembali ke kondisi “TUTUP” apabila ditolak ke kondisi “Buka”.

RM44.60
http://ho.lazada.com.my/SHUpqj

Penyedut Dwi fungsi


88. Alang-alang hidrasikan diri korang dengan minuman kegemaran, korang juga boleh tampil kacak bergaya dengan penyedut kaca mata ini.

RM 15.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpr4

Plasenta Kambing


89. Buat yang pernah menimang anak, pasti pernah terbaca bagaimana sesetengah ibu di kawasan barat makan plasenta (salah satu organ yang menyalurkan makanan kepada bayi dalam kandungan) untuk pelbagai kebaikan. Di LAZADA, korang boleh membeli plasenta kambing yang telah dikeringkan dan dipekkan dalam bentuk pil untuk diambil secara harian.

RM 100 – RM 400
http://ho.lazada.com.my/SHUprC

Daging Unicorn


90. Impikan hasil buangan pagi anda indah persis pelangi? Korang tukarlah makanan ruji korang daripada daging ayam ke daging Unicorn ni.

RM 186.92
http://ho.lazada.com.my/SHUprH

Bekas Air Tampon


91. Korang pasti pernah teringin seludup minuman ke dalam pawagamkan? Beli je tampon ni, isi air minuman korang dan tada! Tak perlu berbelanja lebih dengan barangan mahal yang dijual di sekitar pawagam.

RM 189.74
http://ho.lazada.com.my/SHUprM

Bola Keranjang Meja


92. Doktor kata kita wajib bersenam seminggu tiga kali kan? Beli je set bola keranjang meja ini, sekurang-kurangnya korang bolehlah mengaku dengan doktor korang yang korang bersukan setiap hari di pejabat.

RM 42.70
http://ho.lazada.com.my/SHUprS

Syiling Magika


93. Beli saja syiling ini untuk aktiviti pertujukan bakat pada jamuan pejabat korang nanti. Mudah.

RM 12.30
http://ho.lazada.com.my/SHUprh

Mesin Pengesan Penipu


94. Aiskrim korang asyik hilang di peti ais pejabat? Cari pencuri dengan alat ni. Zass kan diorang dengan aliran elektrik sikit.

RM 49.00
http://ho.lazada.com.my/SHUprq

Sotong Botol


95. Walaupun tiada fungsi yang bernas, sekurang-kurangnya sotong ni dapat mencantikkan botol minuman korang. Pelik tapi seronok!

RM 22.79
http://ho.lazada.com.my/SHUps7

Gula-Gula Getah Berelektrik


96. Korang pasti tau akibat buka bungkusan gula-gula getah baru depan kawan-kawan korangkan? Pasti ada je yang minta satu. Apa kata korang cuba kaedah ni pulak.

RM9.20
http://ho.lazada.com.my/SHUpsF

Belon Perang Air


97. Belikan anak buah korang belon-belon kecil yang biasa dijual di kedai runcit, serta belikan set Belon Perang Air ni untuk diri korang. Kemudian lihat, siapa yang menang dalam perang air cuti sekolah ni.

RM 13.88
http://ho.lazada.com.my/SHUpsd

Abs Segera


98. Pakai je bawah t-shirt pada janji temu pertama korang nanti. Pandangan pertama tu penting, lepas tu korang perlahan-lahan bersenam lah.

RM 25.11
http://ho.lazada.com.my/SHUpsk

Bola Catnip


99. Korang tau kan catnip adalah sejenis tumbuhan yang melalikan kucing di samping mempunyai banyak kebaikan kepada mereka. Apa lagi? Beli saja bola ni buat mainan kucing korang dan lihat bertapa highnya kucing korang nanti.

RM 9.80
http://ho.lazada.com.my/SHUpsp

Buku Informasi Tak Berguna


100. Beli je sebagai hadiah hari jadi buat kawan yang pelik dan selalu merepek tu. Sekurang-kurangnya intipati perbualan diorang lepas ni berfaedah lah sedikit.

RM 100.00
http://ho.lazada.com.my/SHUpt3

About mamalink

Check Also

Nur Fazura Risau Jadi Andartu?

Meluahkan perasaannya di dalam majalah Scion (keluaran Brunei) baru-baru ini, Nur Fazura menjelaskan dia juga lebih ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *